Tuesday, 1 September 2015

Pakej Bersalin Hospital Penawar, Pasir Gudang, Johor.

Haiiiiiii :)))

Lama giler tak tulis entry kan? Busy (kot? :p).

Baby dah besar, dah 4 bulan lebih dah sekarang. Macam-macam ragam dia. Ragam minum susu, ragam tidur, ragam nak main, semua la. Pendek kata dalam pada aksi dia yang mencuit hati tu banyak jugak la yang menguji kesabaran. haha! Pape pun, life must go on kan :-)

Ok berbalik kepada cerita hampir lima bulan lepas, iolls berjaya lahirkan seorang baby boy. Sorang je la takde rezeki lagi nak kembar :p Boleh baca my labour story kat sini.

Aku bersalin kat Hospital Penawar. Ni pun dah last minute decide nak bersalin kat sini lepas rasa tak best pergi HSI yang kena tunggu lama bla bla bla bla tu. Tahu pasal hospital ni pun sebab cousin husband aku yang recommend katanya anak-anak dia semua dia bersalin kat sini kecuali yang sulung. Dan dia highly recommended!

Well, my honest review, yes you may put this in your list. Pergi la survey. Bagi aku memang aku recommend jugak. Servis bagus, doktor baik, nurse baik, ward ok. Pendek kata takde benda yang menyakitkan hati pun la. Tapi dia bukanlah dalam kategori best giler-giler ok. Cuma aku nak cakap hospital ni ok boleh repeat bersalin kat sini lagi. haha

# Attractive Delivery Packages (NEW PRICE!!)
Normal : RM 2,499.00*
Normal + bengkung : RM 2,549.00*
Normal + epidural : RM 3,099.00*
*price includes accommodation for 2 days/1 night for mother and child at 6-bedded roomCaesarean : RM 5,999.00*
*price includes accommodation for 3 days/2 nights for mother and child at a 6-bedded roomAdditional Charge (if required):
  • Vacuum RM 300.00
  • Forcep RM 150.00
  • Induction RM 300.00
  • Twin (Normal) RM 700.00
  • Twin (Caesarean) RM 1100.00
  • Breech RM 150.00
  • Circumcision (baby girl) RM 50.00
  • Circumcision (baby boy) from RM 250.00
  • IUCD RM 300.00
# Pre-discharge Massage and Body Wrap (Bengkung)
# Home Post Natal Massage and After Delivery Care
PLUS SPECIAL GIFTS TO COLLECT EACH TIME YOU VISIT US FOR ANY OF THE ABOVE SERVICES (while stock lasts)

Copy dari website HP.

Tengok sendiri dah boleh faham dah apa yang include apa yang tak include.

Macam aku haritu normal + vacuum + doktor + GST (pfffftttt!!!) = RM3k lebih sikit. Lupa dah la berapa. Reasonable la. 

Doktor yang sambut baby aku Dr Hasmah. A very nice doctor siap boleh melayan bersembang lagi masa tengah jahit tu. lol. Dan dia jahit pun sangat kemas dan cantik :)) Memang puas hati tengok hasil dia. 

So guys, sesiapa yang kat Johor tengah cari hospital bersalin tu boleh la survey kat sini. And goodies bag masa nak discharge tu pun diorang isi macam-macam. Syiokkk. Mwahahaha

Website Hospital Penawar : http://www.hospitalpenawar.com/

K bai. Follow la instagram iolls kalau nak tengok gambar baby. @fieda_shaklee . kahkahkah

10 comments:

  1. menarik tp jauh hehehehe..

    sy kat gov hospital guna GL sendiri. Alhamdulillah semuanya ok. rezeki dapat doc n nurse yg baik2.

    anak second nnti, ecehhhh dah tahu cmne rase nk bersalin. bole la survey private plak. sbb yg first ritu takut muahahahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite pon at first nak government je tapi terkena masa first time pergi nak cek tu tunggu lama giler so decide pegi private je la senang. huhu.. walaupon orang kata sakit bersalin sama je kat mana pun tapi layanan masa sakit tu berbeza. haha

      Delete
  2. Monthly checkup berape ye..pernah g skali kene byr rm 250..rasa mcm mhl sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai :-)
      sefaham sy if awk nak checkup kat mana2 hospital private, first time memang mahal sebab dia ada caj utk registration etc. Boleh cek bil untuk breakdown fees tu. Then pergi untuk kali kedua dan seterusnya baru 100 lebih sikit je.
      Tapi, sy tak checkup kat sini. Bersalin je kat sini.
      Yang checkup rate ni based on pengalaman sy kat columbia asia & umra shah alam. Tp should apply the same rules la kan. :-)

      Delete
  3. Owh bole ea x check up sana terus bersalin aje? Tadi sy p penawar pasir gudang, booking delivery kene RM100 pastu check up kene RM 240 lebih juge.. nt tengok check up ke-2 kene berape pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kat mana2 pun provided awk ada buku record yg monthly checkup tu. Dan awk takde kes2 macam hb rendah ke apa. Biasanya diorang terima, tapi with extra charge la depends on doctor. Itu sefaham sy la ;-)

      Delete
  4. Saya dulu bersalin kat penawar juga. Cek up kt klinik kerajaan. Slos 7 bln br reg kat penawar tp still continue cek up kerajaan dan cek up penawar cuma sebulan sekali je ada la dlm 100 lbh cajnye sampai la selamat bersalin. Pastu kena marah dgn nurse klinik kerajaan sbb bersalin tak inform kt diorg. Sepatutnya ada lg 1 cek up kt klinik kerajaan sblm due date tp da terbersalin awal nk buat camne kan.

    ReplyDelete
  5. Urutan Tradisional Selepas Bersalin Di Rumah
    (Kawasan : Johor Bahru, Larkin, Tampoi, Pandan, Pasir Gudang)
    PERCUMA! BENGKUNG MODEN 3IN 1
    PAKEJ 3 HARI : RM400
    PAKEJ 5 HARI : RM650
    PAKEJ 7 HARI : RM900
    Pakej : Urutan, Param, Pilis, Tapel Perut, Tungku
    Hubungi : MELOR 016-7744127

    ReplyDelete
  6. Urutan Tradisional Selepas Bersalin Di Rumah
    (Kawasan : Johor Bahru, Larkin, Tampoi, Pandan, Pasir Gudang)
    PERCUMA! BENGKUNG MODEN 3IN 1
    PAKEJ 3 HARI : RM400
    PAKEJ 5 HARI : RM650
    PAKEJ 7 HARI : RM900
    Pakej : Urutan, Param, Pilis, Tapel Perut, Tungku
    Hubungi : MELOR 016-7744127

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete