Wednesday, 23 September 2015

Jatuh Katil

IBukan aku yang jatuh mahupun husband aku. Irfan!!! Yes, dia yang jatuh katil. Hahaha

Apa la budak kecik tu. Umur 5 bulan dah jatuh katil. 

Sebenarnya dia dah makin laju. Bukannya tak kepung pun katil tu tapi entah macam mana dia boleh panjat bantal tu. 

Dia jatuh katil masa bukan tengah tidur tapi dia tengah terjaga. Aku kat tempat kerja. My husband took care of him. Irfan, awak salahkan daddy awak nanti sebab dia biarkan awak jatuh. Mwahaha

My husband letak dia kat hujung katil tepi dinding and kepung keliling dengan bantal. Lapik lagi comforter atas bantal nak bagi tinggi. Dia ke dapur nak sediakan susu before hantar Irfan ke nursery. 

Baru je sekajap dia masuk semula ke bilik Irfan dah berbungkus dengan comforter and badan dia dah kat atas bantal. So husband aku memang menyaksikan macam mana dia jatuh depan mata dia sendiri. Dramatik. Haha. Tapi dia cakap memang tak sempat kejar nak tangkap. 

Gedebuk la budak tu jatuh atas lantai. Haha. Dah la lantai tu takde alas. Nasib kau la nak. 

Being first time mom & dad memang tak tahu nak buat apa bila anak jatuh katil. Just aku pernah terbaca yang kita kena monitor baby within 24 hours tengok dia ada muntah ke tak aktif ke baru pergi klinik. Gitu la sefaham aku. Huhu

Hantar ke nursery diorang bagi tips. Next time kalau jatuh lagi terus mandikan baby bagi dia segar. Taknak bagi dia terkejut and fikir sakit. Then cek suhu dia ada naik ke tak. Ilmu baru tu. Huhu

Hopefully lepas ni takde insiden jatuh katil lagi. Taknak tidur kat bawah tak best. Sakit badan. Ni yang buat nak beli pagar katil ni. Haha 


Kihkihkih. Kesian awak Irfan. Lenkali melasak la lagi :p

Oh kami perhatikan jugak dia within 24 hours tu. Takde benda pelik yang berlaku pun. So kira dia ok la tu. Hehe

Bye. 

No comments:

Post a Comment