Monday, 21 September 2015

After 10 years

Last week my husband dapat call untuk attend interview kat Paka, Terengganu. Dengar je cakap nak ke Terengganu iolls terus cakap nak ikut!! 
#holidaymodeon
Gitteww. Padahal orang tu nak pergi interview je pun. 

Balik kerja Sabtu tengah hari, terus kemas-kemas bersiap. Kemain bersiap tapi kami gerak lambat jugak. Dah pukul 7.00pm baru gerak.

Hotel belum book actually sebab tak jumpa hotel yang best tapi berpatutan. So kami redah. Sampai separuh jalan call kawan lama kat Kuantan cakap nak tumpang tidur rumah dia. So terjah rumah dia. Satu penjimatan. Haha. Tapi sebenarnya dah lama tak jumpa member aku tu alang-alang jumpa terus la. 

The next morning kami gerak ke Paka for interview. Nothing much to share sebab takde benda menarik pun kat sana. Lagipun kami tak ke pantai. Maybe next time kami ke Terengganu baru pergi tempat-tempt menarik kat sana. Hihi

Apa yang aku nak highlight kat sini, aku balik semula ke Kuantan lepas 10 tahun tinggalkan bandar Kuantan. Oh I miss Kuantan so much!! 

 
Kuantan sekarang tengah pencemaran bauksit kan. Habis la kereta. Lagipun masa ni kami sesat sampai ke Kuantan port. Ambik kau. Haha


Singgah Kula Cakes since kedai ni macam famous sangat je. Tapi memang kek dia sedap! Mihmihmih


Singgah sekolah aku masa dari Form 1 - Form 3. OMG how i miss MGSS!! Hahaha


Sekolah masa Form 4 - Form 5. Taknak masuk record sebenarnya. Kenangan pahit sekolah ni. Huhu


Lalu Megamall. Hoi tempat kenangan ni asyik stayback je kengkonon ada koko kat sekolah padahal ke megamall. Mwahaha. Tak sempat singgah la tapi.


Then lepak kat Teluk Cempedak. Bawak budak ni main air tapi dia menangis. Takut ombak rasanya. Haha! Sama la macam mak kau nak oi :p

Basically kami hanya ada half day je kat Kuantan. Dah la hari Ahad kan. Rush nak balik sebab esok kerja. Tapiii boleh dikatakan the best short vacation so far. Hihi. At least dapat la jugak visit tempat-tempat kenangan masa duduk Kuantan dulu. 


Oh last but not least masa on the way balik sebelum masuk highway tu kami lalu pasar malam Bukit Goh. So singgah kengkonon nak cari puding raja tapi takde. Beli eskrim ni pun jadi la. First time jumpa eskrim camni. Beli sebab anak buah duk kecoh kata suruh try eskrim ni. Haha

My husband tak tahu bandar Kuantan ada banyakkk tempat menarik. One fine day nak ajak dia pergi lagi sana jalan-jalan sampai lebam. Haha. Kali ni betul-betul punya vacation :p

No comments:

Post a Comment