Perihal Saiz Perut

Wednesday, March 11, 2015

Benda biasa selain aktiviti meneka jantina, orang kan tegur size perut. 

Pergi mana-mana ayat-ayat yang akan selalu keluar dari mulut orang ialah;

Kat kedai makan / Bank / Public area

Strangers : "Dah berapa bulan pregnant ni?"
Me : "Dah ____ bulan" (sambil senyum)
Strangers : " Oh yeke? Besarnya perut.. Ingatkan dah nak bersalin"
Me : (Senyum dan berlalu)

Kat Klinik Kesihatan for monthly checkup

Nurse : (Sambil ambik ukuran) "Besarnya perut awak ni"
Me : "Oh yeke?" 
Nurse : " Yela. Besar sangat ni"
Me : (Diamkan diri je)
Nurse : "Berat awak ni naik banyak ni. Nanti baby besar. Perut awak pun besar ni"
Me : (Gelak) "Nak suruh saya diet macam mana lagi?"

Bila jumpa / keluar dengan kawan-kawan

Kawan : "OMG besarnya perut kau!!"
Me : "Kannnn"  (Sebab tak tahu nak bagi reaksi macam mana)

---------------------------------------------

Sebenarnya aku pun tak tahu perut aku ni kategori besar ke, biasa ke, kecik. Tapi sepanjang pregnant memang orang kata perut aku besar. 

Tapiiiii haritu pergi hospital checkup dengan doktor dia cakap "Perut awak kecik je la. Saya agak baby awak dalam 2.7kg sekarang".  

Aku terus rasa, OMG mimpi apakah ini? First time orang cakap perut aku kecik? Rasa nak melompat kegembiraan kat situ jugak! Mwahahaha

Tahu tak, aku sangat-sangat down tiap kali pergi klinik kesihatan tu. Nurse tu selalu saiko aku kata baby aku besar, berat aku naik banyak, bla-bla. Yelah, aku punya plan nak bersalin normal (InsyaAllah) tapi dah tiap kali pergi dia cakap macam tu memang la aku stress. 

All this while dia buat aku selalu fikir yang baby aku besar, perut aku besar sampai aku rasa macam taknak dah pergi klinik tu. huhu


30 weeks 

31 weeks

34 weeks

Yes, mungkin nampak besar la kot kalau compare to size badan, tapi kalau tengok perut alone tanpa tengok badan, rasanya macam tak besar sangat untuk 8 bulan pregnant. Hoho.. Aku rasa sebab tu jugak doktor tu boleh cakap perut aku kecik. Lol.

And guess what, aku kagum giler dengan doktor tu sebab tengok perut je boleh agak berat baby dalam perut. Lepas dah siap scan semua, estimate baby aku sekarang dalam 2.5kg untuk 8 bulan pregnant. Ok la kan, dekat-dekat la tu dengan apa yang doktor tu cakap sebelum scan. Hebat! hihi

See, baby aku takdelah sebesar yang nurse kat klinik kesihatan tu duk gebang. Saiko aku segala kata nak bersalin susah bagai. nasib baik aku pergi hospital, kalau tak memang mati-mati aku telan je cakap nurse tu. Benci betol! 

Now boleh tarik nafas lega sebab according to doktor, takde masalah untuk aku bersalin normal (InsyaAllah, aminnn). Ok tak sabar dah. haha

Nah, belanja satu gambar baby masa umur 35 weeks. Weeeeeeeee dah tak lama dah nak tengok dia depan mata :-)



3 comments

  1. Masa scan last ada early contractions. Doc ckp 3.3kg. Omg kite dah takut sbb perut kite kecik jer. Tp masa kt ward. Specialist doc tekan2 je perut dia kte mybe 2.7 cmtu. Kluar2 x lari jauh pon hihi. Xpe. Jgn riso. Adik kite perut beso dr kite bby die 2.5kg jer hihi

    ReplyDelete
  2. Fida 35weeks bole scan lg 3d. Ish aritu pegi scan 32weeks da xle nmpk penuh. =(
    -hannissania (sorry klw blogwalking through hp alamat gmail jd lain)

    ReplyDelete
  3. Fida 35weeks bole scan lg 3d. Ish aritu pegi scan 32weeks da xle nmpk penuh. =(
    -hannissania (sorry klw blogwalking through hp alamat gmail jd lain)

    ReplyDelete