Friday, 6 March 2015

060314

Dear Husband,

While writing this, I'm waiting for my meal to be served. Sedih. Tak dapat beli gelang. Harga emas mahal lagi harini. Huhu 

Just to let you know, I LOVE YOU so much!

Setahun dah berlalu rasa macam sekejap je. Tak lama lagi dah bertiga pulak. Si kecik ni macam tak sabar je nak keluar. Kicking so hard. Sakit jugak la kadang-kadang.

Takde ucapan bunga-bunga pun untuk awak. Sebab takde kata boleh ungkap rasa sayang dan cinta saya kat awak. Huhu. Benci la tiba-tiba air mata menitis kat kedai ni bila tulis camni. Malu kat orang.

Terima kasih jadi suami yang baik all this while. Saya harap awak kekal macam ni sampai bila-bila. Ataupun makin baik, saya terima je. Jangan jadi makin kuat membebel dah la. Hehe

Terima kasih sebab banyak bantu saya selama ni. Tak kira la dari segi apa sekalipun. Kata-kata semangat ke, duit shopping ke. Semua saya hargai sangat-sangat.

Terima kasih sebab sentiasa jadi tempat saya luahkan perasaan. Walaupun kadang-kadang agak merepek dan cerita bodoh-bodoh je.

Terima kasih sebab layan saya baik-baik. Walaupun kadang-kadang saya rasa awak kuat je membuli saya.

Terima kasih sebab sentiasa ada masa saya sedih, masa saya susah.

Terima kasih untuk semuanya.

Last sekali, terima kasih sebab sudi jadikan saya isteri awak. Terima kasih sangat-sangat.

Saya doakan semoga Allah sentiasa lindungi awak, tak kira kat mana pun awak berada. Semoga rezeki awak bertambah dan awak sentiasa gembira. 

Sedih. Awak takde kat sini. 

SAYA RINDU AWAK.


Lots of love,
Your wife.

P/s : sebenarnya sambung tulis kat rumah sebab air mata dah berjurai-jurai turun. Huhu


2 comments:

  1. oh normal jugak ko ni. sebab selalunya tengok kau bergembira je. ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoi ingat aku takde perasaan ke? mwahaha

      Delete