Ciri-ciri Stroller Idaman

Friday, December 05, 2014

Dalam banyak-banyak barang baby, aku rasa tang ni la yang paling memeningkan kepala aku. Sebab yang ni la aku rasa major cost untuk barang baby. Benda-benda lain macam baju ke pampers ke apa ke semua tak pening sangat nak menyimpan duit. Kahkahkah

Jadi aku ada kriteria yang aku dah tetapkan untuk stroller ni.


  1. Ringan. Ini mesti! Sebab aku dapat bayangkan banyak masa aku without husband. Jadi bila aku dengan baby, mesti la susah kalau nak carry yang berat-berat kan. 
  2. Easy to fold and unfold. Ini pun berdasarkan faktor kat atas tu. Bila aku sorang, nak handle baby nak handle stroller, aku prefer yang kalau boleh pakai sebelah tangan je sebab lagi sebelah mungkin tengah dukung baby. Kan?
  3. Compact. Taknak yang bulky sebab aku bukan pakai MPV. Time hari-hari biasa or time takde penumpang mungkin rasa a lot of space dalam kereta kan. Tpi bila tiba time nak travel or ada orang tumpang kereta, dah makan space. Jadi kalau boleh nak yang tak sakit hati nak susun bila dah lipat tu.
  4. Senang nak handle. Maksudnya kat sini, kalau boleh aku nak yang boleh tolak sebelah tangan je. Of course memikirkan sebab aku travel sorang, jadi tangan lagi satu mungkin tengah pegang barang, henfon, or others? Kan? Jadi nak yang senang tolak, roda dia tak degil nak bergerak ke sana ke mari sesuka hati dan ringan masa tolak. 
  5. Boleh attach dengan car seat. Ni pun reasonnya sebab aku rasa newborn baby susah nak pindah-pindah dari car seat ke stroller. Well thinking of aku memang akan travel dengan baby alone jadi aku rasa ciri ni perlu. Bagi orang lain mungkin rasa ini adalah optional tapi bagi aku, aku prefer yang mana aku tak payah bazir masa aku kacau baby time dia dah memang dalam car seat.
  6. Harga. Hmmm ni pun boleh tahan salah satu faktor jugak. Aku kalau boleh taknak spend much on this. Tapi fikir balik ni investment yang aku kena buat untuk first baby. Aku tak plan pun nak bertukar-tukar stroller jadi aku rasa memang aku terpaksa spend lebih sikit untuk dapat yang menepati ciri-ciri yang aku nak with good quality la of course. Takdelah beli bulan ni lagi 4 bulan dah kena beli baru sebab dah rosak. Taknak macam tu. huhu. Jadi aku letak kat sini bawah 2k including car seat. Boleh dapat tak? haha
Berdasarkan faktor kat atas, aku ada tengok a few yang boleh kata ada ciri-ciri yang aku nak tu.


Babyzen yoyo. Ni first stroller yang aku minat. Memang menepati semua ciri yang aku nak kecuali ciri ke-5. Hmmm.. jadi, aku rasa aku KIV. Lagipun aku rasa yoyo a bit pricey dalam range compact stroller.

 Recaro Easylife. lebih kurang macam Babyzen Yoyo tapi yoyo lagi compact. Ni pun rasanya tak boleh attach car seat. Aku google macam tak jumpa boleh ke tak. Harga murah sikit dari yoyo. 


Kahkahkah. Bugaboo Bee. Ini Lara Alana pakai kan? Well bukan terpengaruh sebab Lara Alana sebab dah survey sebelum Lara Alana lahir lagi :p Ni menepati kesemua ciri kecuali ciri terakhir, tang harga tu. Ni kalau willing to spend above 2k memang syok la konfem ambik yang ni terus.


Quinny Zapp Extra 2. Ini menepati SEMUA ciri-ciri yang aku nak, takde kecuali-kecuali dah. Tapi tak tahu kenapa macam tak berapa berkenan sangat dengan Quinny. Mungkin sebab dia 3 roda je kot? Pastu macam dah ramai sangat dah orang guna macam tak rare. Kahkahkah. Oh lupa, ada lagi faktor yang emnyebabkan aku KIV Quinny sebab aku tengok video fold and unfold dia tak boleh pakai satu tangan. Hmmm.


Nuna Pepp. Ok ni tak tipu memang menepati SEMUA ciri-ciri tanpa rasa ragu-ragu nak fold and unfold macam Quinny. Tapi yang macam rasa tak yakin sikit sebab macam tak ramai je pakai Nuna jadi takut kalau nak beli spare part ke apa macam susah. Entah la. Nuna ni nak cun boleh attach dengan car seat dia Nuna Pipa tapi Nuna Pipa sangan mahal okeh! hahaha.. Aku fikir nak beli maxi cosy je untuk car seat sebab boleh attach jugak dengan stroller ni. Oh ye, compare to others, Nuna Pepp ni memang besar. Tapi bila dah lepas fold dia nipis sangat. Aku baca review sebab kenipisan dia tu boleh buat dia muat dalam luggage ataupun dalam bonet pun boleh susun sekali dengan barang-barang lain. Well tengok cemana.

Ha, tulah stroller yang aku duduk tengok-tengok sekarang ni. Actually aku ada jugak tengok Halford. memang ringan dan compact, siap ada jugak yang boleh attach car seat. Tapi tak banyak review pasal tu dan takde video yang betul-betul tunjuk macam mana fold and unfold dia. Dan tak pasti juga senang nak handle ke tak.

Pasal SCR pulak, bukan tak tengok ye. Tapi aku rasa SCR bulky. Dan aku tengok video pun fold dengan unfold dia macam tak berapa senang. Jadi aku macam dah tolak SCR ni. 

Is there any stroller yang aku belum survey yang korang tahu menepati ciri-ciri yang aku nak tu tak? Kalau ada, boleh la share-share ye. Takpe, bagitau model je nanti aku google sendiri tengok cemana. hehe

Bye.

6 comments

  1. stroller memang penting..:) teringat saya dah 3 kali beli stroller tuk anak.. yang fes jual sebab berat.. yang kesudahan ni.. saya buat stylo mailo.. saya pakai yang paling2 flexible..sangat2 ringan..senang nak angkut dan murah.. heheh... tapi tuk 2nd baby ni.. teringin lak nak beli lagi..hahaha..dasar sangat kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli baru tu benda biasa.. sekarang je ni sy pon cakap taknak tukar2. entah2 lepas ni sama je :p

      Delete
  2. aaa kite tgh pening jugak utk cari stroller ni. Nak ciri2 cam awak ckp jugak tp ada yg pricey pulak. Tp kite tggu je kot2 suami luluskan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pening sebab banyak je pilihan sebenarnya. tinggal ongkosnya saje.. haha! husband sy pun dah cakap, nak yang mahal topup duit sendiri :p

      Delete
  3. Halford? aku tak tau tapi terbaca member aku komen2. so sila google. hehehe

    ReplyDelete
  4. Dah beli ke stroller sy suggest beli maclaren..light..easy to fold..jmt space sbb konsep dia umbrella fold..easy to handle too..price pn ok around 900..

    ReplyDelete