Thursday, 13 November 2014

Resepi : Sosej Roll Termudah dan Tersedap! Hehe

Ok meh nak share resepi orang malas sikit. First time makan ni masa dewan makan kat Arau dulu jual. Rasanya dulu RM3 kot untuk 2 ketul ni. Buatnya simple sangat tinggal rajin ke tak rajin je. Hehe

Bahan-bahan : 


1. Sebiji or dua biji telur
2. 2 ketul ( ke batang?) sosej ikut perisa pilihan korang. Sorry, rupa dalam gambar tak cantik sebab baru lepas masak dalam microwave :p
3. Roti biasa 2 keping
4. Bread crumb. Boleh beli kat mana-mana pasaraya. Bukan barang rare, so senang je nak cari ni.
4. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Goreng/grill/rebus/masak dengan microwave sosej yang korang dah pilih tu. Dah masak, ketepikan dulu.
2. Pecahkan telur dan kacau sekata.
3. Ambik sekeping roti dan gulung sosej dalam roti tersebut. Lekatkat hujung dengan telur yang korang dah kacau tadi. Sorry takde tunjuk gambar step by step. Hehe. Tapi macam korang gulung popia pastu korang letak gam kat hujung tu kan. Macam tu la konsepnya.
3. Celup roti dan sosej yang dah bergulung tadi dalam telur. Jangan celup sampai kembang pulak roti tu. Sekadar untuk salut je. 
4. Golekkan atas bread crumb. Pastikan melekat dengan cantik ye. Contoh macam kat bawah ni.


Cantik ke tidok? Hahaha

5. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, gorengkan sampai kekuningan. Kejap je gorengnya sebab sosej kan dah masak awal-awal tadi. Dah masak, angkat dan toskan.


Taraaaaa!!! Korang boleh hidang dengan cara korang sendiri. Macam aku, top dengan sos cili and mayonis. Side dish letak tomato dan baked bean. Dulu kat Arau dia serve macam ni so aku tiru je la. :p

So, terpulang ikut selera masing-masing la ye. Cubalah! Sedap ok! Hehe

1 comment:

  1. Sedap ni..heheh.tq.
    Jmput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete