Thursday, 27 November 2014

Money, Love, or both?

Duit.

Betul la duit tu tak menjamin kebahagiaan tapi semua benda perlukan duit. Berapa banyak kes cerai berai berlaku dalam institusi kekeluargaan yang mana melibatkan masalah ekonomi rumahtangga.

Dulu masa kecik, tak tahu apa-apa pun pasal nilai duit. Pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh mak ayah untuk dapatkan duit nak besarkan anak-anak. Budak-budak, mana tahu apa-apa, tahu hajat dituruti. Tu je. Cuma kadang-kadang bila mak kata takde duit, maknanya takkan dapat la benda yang kita mintak tu kan.

Bila dah kerja sendiri, pegang duit sendiri, belum rasa sangat pun pasal pengorbanan sebab tanggung diri sendiri je kan. Ada la jugak bagi duit kat mak, tapi belum rasa lagi erti pengorbanan untuk orang lain sebab bukan kita kena tanggung makan minum or kena bela mak. Just bagi duit bulan-bulan tu pun bukan banyak mana pun.

Semakin lama kerja, semakin kenal orang, tambah pulak bila sekarang dah kahwin, dah pregnant, baru mula rasa. Oh, aku kena save sikit untuk baby ni. nanti lahir nak kena buat itu buat ini untuk dia. Baru sikit rasa. Belum tertampar lagi dengan erti pengorbanan untuk orang lain. Masih belum rasa sangat.

Tapi, apa yang berlaku sekeliling harini buat hati aku jadi sebak. Bilamana dilema seorang bapa terpaksa berkira-kira untuk duit makan sendiri semata-mata nak beli seluar sekolah anak. Huh, tak sangka pengorbanan boleh sampai tahap macam tu. Biar berlapar, asal anak cukup pakai. Biar berlapar, asal boleh beli susu anak.

Aku belum sampai tahap tu. Tapi aku dah mula terasa mungkin satu hari nanti aku pun kat tempat macam dia. Kesempitan. Aku tak salahkan jumlah gaji yang diberi oleh majikan. Aku rasa rata-rata orang bergaji lebih kurang macam tu. Apa yang aku nampak sekarang ni, kos sara hidup memang melambung.

Dan mungkin jugak kerja makan gaji dah tak relavan untuk tanggung keluarga buat masa sekarang. Aku bercakap berdasarkan pendapatan sederhana yang mata rata-rata orang berada dalam kelompok ni. Tak payah bercerita pasal orang yang makan gaji tapi pendapat jejak 5 angka sebulan. Itu pun mungkin belum tentu cukup kan. Aku tak tahu sebab belum sampai tahap tu.

Kos nak besarkan anak dah jadi satu bebanan sekarang. Itu yang ramai orang keluhkan. Bagi aku kerja makan gaji ni hanya akan selesa kalau untuk tanggung diri sendiri je. Pendapat aku. Kita mungkin berbeza. Habistu nak keja apa lagi? Nak berbisnes sendiri? Kalau semua orang berbisnes siapa nak makan gaji? Kan? Entah, aku pun belum fikir. Haha. Cuma aku rasa, tak cukup.

Kesian aku tengok dia.

Cerita lain, pernah masa aku tengah makan kat kedai dengan husband aku, ada seorang perempuan india datang meja kami. Mula-mula agak terkejut, tapi lepas dia kenalkan diri dan nyatakan sebab-sebab kenapa dia approach kami, aku tersentuh.

Tahu kenapa? Dia merayau dalam pasaraya tu semata-mata nak kutip derma untuk perbelanjaan perubatan anak dia. Masih belum cukup lebih kurang RM500 masa tu. Tu pun lepas dia dah berjaya dapatkan sumbangan dari surau, ye, surau, orang islam yang menderma kepada seorang Hindu (aku assume dia Hindu dan aku yakin dia bukan muslim).

Bila dengar apa dia explain, hati tersentuh. Masa tu aku memang dah tahu aku pregnant. Awal pregnancy. Terus terfikir kalau jadi kat anak aku macam mana? Mesti aku sanggup bersusah payah macam dia kan? Datang meja ke meja mintak derma demi anak. Ceritakan masalah kat orang lain demi meminta simpati untuk anak. Bagi aku masa tu, RM500 bukan jumlah yang susah sangat nak dicari. Tapi bagi yang kesempitan macam dia, sanggup lakukan apa sahaja. Juga mungkin sebab kuasa kasih sayang.

Jadi, bagi aku duit tu penting selain kasih sayang. Baru belajar nak betul-betul faham macam mana erti pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak. Mungkin akan lebih faham bila dah ada anak sendiri. Cuma aku harap, semuanya baik-baik sahaja untuk mereka yang aku nampak tu dan untuk aku nanti.

No comments:

Post a Comment