Monday, 24 November 2014

Me & Smokers

Dua tiga hari ni tak boleh tidur malam. Bukan sebab pregnancy hormone tapi sebab aku tak berapa sihat.

Batuk teruk. Melampau-lampau sampai aku rasa jiran-jiran pun naik rimas dengar aku batuk tak henti-henti siang malam.

Sebab batuk tu la aku tak boleh tidur malam. Boleh tidur, tapi tak lena. Kejap-kejap terjaga sebab batuk. Lepas tu macam tak reti nak berhenti dah batuk tu. Sampai aku rasa dah cramp dah perut aku ni. Kesian baby.

Yang aku pelik, time aku tidur tu la dia nak batuk macam tahap nak gaduh. Time aku tak tidur tengah buat kerja lain ke apa batuk biasa-biasa je. Bila dah macam tu memang tak tidur malam la jawabnya. Asal tidur je batuk, maka berjaga la aku sampai terlelap sendiri.

Dan cerita ni berkait rapat dengan smokers. I personally tak suka smokers. Whatever reason kau smoke pun, aku taknak dengar. Yang penting, kau dah memudaratkan aku. Orang lain aku taknak cerita, sekarang yang penting aku nak cakap kau buat aku sakit! Geram!

Aku sebenarnya tak boleh bau asap rokok. Terlalu sensitif dengan asap rokok or apa jua jenis asap macam asap fogging ke asap bakar sampah ke whatever. Tapi, paling aku tak boleh terima asap rokok la.

Dulu masa kecik sampai masa zaman sebelum degree aku memang tak boleh langsung terima asap rokok ni. Kalau ada orang merokok dekat dengan aku tak payah lama la habis sebatang rokok dia tu je pun  memang konfem sangat aku demam esoknya! Aku pun tak tahu kenapa, memang over sensitif dengan asap. Nak kata antibodi lemah sebab asap rokok je dah demam pun tak jugak. Benda yang boleh buatkan demam aku tak demam pun.

Then, seiring dengan masa (cewahh) badan aku macam makin immune dengan benda-benda asap ni. Boleh bau, tapi still at certain stage aku akan demam. Tapi tak teruk, setakat selsema and sakit tekak. Kalau dulu demam yang agak teruk, suhu badan naik semua. Tapi dia punya tahap sakit tekak tu memang perit la. Macam kau telan pasir tu. It will last for a few days sebelum betul-betul selsema tu datang. Seksa kan?

That's why aku tak suka smokers! Bil klinik aku naik sebab dia. Boleh tak aku claim dengan dia?!

And aku batuk sekarang ni pun aku syak sebab haritu masa aku pergi makan kat mamak, ada sorang lelaki tak bertanggungjawab ni sesuka hati main hembus asap rokok kepul-kepul. Amboiiiii.. Dah la aku pregnant, takde hati dah perasaan langsung. Geram tahu tak! huhu

Dah hampir seminggu tak sihat. Letih sangat dah. Please la perokok kat luar sana, kot ye kau nak merokok pun tak merokok kat public la. Lain la kalau kau telan asap rokok tu takde nak hembus keluar bagai, itu aku boleh terima. Ni tak pasal memudaratkan orang lain.

Oh jap lagi ada yang kata kenapa pilih tempat duduk dekat dengan perokok kalau dah tau macam tu? Well jawapan aku : Macam la aku tau dia tu merokok pulak kan? Dia tengah makan time tu. Dah siap makan baru dia keluarkan rokok dia dan hisap dengan penuh nikmatnya. Salah aku tak pindah, tapi salah dia dah merosakkan paru-paru sendiri dah paru-paru orang lain jugak serta merosakkan alam sekitar dengan asap rokok dia tu! Sekian.

2 comments:

  1. normal lah tu alergik ketika mengandung.

    Update terbaru dari Tepen Caster: Fishzilla: Toman Yang menakutkan

    ReplyDelete
  2. samelah kite, tak suka betul bau asap rokok. suami tak merokok. Family pon tak merokok. jadinya memang tak suka org merokok dpn kita. Kdg2 pegi kedai makan, kita ni boyot2, sekali dtg org sebelah terus merokok. Suami terus tarik tangan, tuka tempat lain. Geram je rasa.

    ReplyDelete