Thursday, 27 November 2014

Drama

"Kadang-kadang, benda yang kita pendam terlepas jugak. Mungkin tak semua, tapi sikit-sikit pun boleh buat orang tersentak. Mungkin la. Kalau orang tu faham dengan mata hati.

Menjadi pemerhati bukan mudah. Benda yang kau harap terjadi pada kau, tapi tak pernah terjadi, tapi orang lain yang depan mata kau terima apa yang kau harapkan, boleh buat hati terguris. Tapi sebab kau pemerhati, kau terima je dan simpan dalam hati.

Bahaya macam tu. Aku tahu bahaya. Tapi sebab aku rasa aku pun ada hak, sebab tu aku terguris. Lain lah kalau aku bukan siapa-siapa pada kau. Buat apa aku nak peduli layanan kau pada aku. 

Aku peduli, aku terguris, aku simpan, sebab kau sesuatu di mata aku. Aku tak tahu kalau di mata kau, aku ni sebaliknya."


No comments:

Post a Comment