Friday, 19 September 2014

It's been a while..

Dah lama tak menulis. Malas kot. Kahkahkah

Pergi mana-mana rajin jugak la snap photo (walaupun sekeping :p) lepas tu niat dalam hati nak update kat blog. memang hampeh sampai ke sudah aku tak update. Ok la ada jugak cita-cita nak update kan. lol

Husband aku dah bebel-bebel cakap aku tipu dia. Kengkonon kalau dia belikan aku ipad mini aku akan rajin update blog. Rajin la jugak, ada la kot tiga ke empat entry aku publish via ipad kan. Whateverrr :D

Nowadays badan cepat sangat letih. Lepas tu masa aku memang habis dengan melayan keletihan je la which is tidur. Aktiviti yang menyakitkan mata husband aku sebab dia cakap aku macam takde kerja lain lipat kain taknak asyik tidur je. haha! Tolong la faham, badan ni asyik rasa letih je nak buat cemana. Pagi masa bangun tidur sekejap je rasa ok. Tapi tu pun lepas berhempas pulas susah nak bangun sebab lately suka terjaga tengah malam lepas tu dah dekat pagi baru betul-betul tidur lena. Susah la nak bangun kan.

Kat tempat kerja pulak sekarang kerja tengah banyak. Last month bos terpaksa declare aku dengan ofismate aku lagi sorang boleh claim OT sebab stay back nak siapkan kerja. Giler la memang tak menang tangan. Nasib bulan ni dah dapat catch up semua so burden dah kurang sikit. Sikit je la sebab still kena berlari ke hulu ke hilir lagi dalam ofis nak mengejar semua benda. Sabar je la kan? Ish2

Weekend sekarang pun banyak je agenda. Macam selalu ulang alik Johor atas sebab-sebab tertentu. This month pulak macam ada je jemputan kahwin la apa la. Tak duduk diam so letih lagi kat situ sebab weekend tak rehat. Ek eleh kalau takde benda nak buat weekend pun bukan aku rehat, mula la plan nak jalan sana sini. Bosan kengkononnya. Mungkin kalau lepas ni rumah pasang aircond aku dah tak keluar sangat kot *hint*.

Oh husband aku pulak sekarang kat Malaysia. Dari bulan berapa ek dia balik? Tak ingat dah tapi macam dah lama je. Rindu nak hantar dia pergi airport :p Saje nak suruh dia balik Qatar cepat-cepat la kan.. bahahaha. Takdelah, sukahati dia la nak balik bila cuma jangan kacau aku time tidur je nanti kena tumbuk lagi baru tau. kahkahkah

So apa motif entry ni? Takde motif pun sebab aku bosan. Bila la nak pukul 6 ni nak balik tudur. See, tidur lagi. Ish2.

Bye.
 

No comments:

Post a Comment