Friday, 18 July 2014

Buffet Ramadhan @ Carousel Restaurant, Palace of Golden Horses


First of all, tak payah expect korang akan nampak gambar-gambar makanan beratur panjang. Takkan jumpa! Sebab aku ni acah-acah je ada blog tapi malas nak ambik gambar. Terima je la gambar aku dengan kuda tu je. Mwahaha

Mula-mula sampai cari parking dulu. Aku nasihatkan siapa yang nak datang sini baik korang masuk parking kat dalam je. I mean masuk parking dalam hotel. Jangan terpedaya dengan kereta-kereta yang parking kat luar tu. Or dengan parking berbayar RM5 kat luar tu, jangan terpedaya macam aku. Haha.. Masuk parking kat dalam, as long as kau makan kat restoran, boleh dapat parking free. Terjamin selamat pulak tuh. Masa korang tengah makan nanti akan ada orang datang mintak kad parking, dia cop kat kad, so korang dapat free parking. Kalau tak cop tak free. So sila pastikan kad parking korang ada cop sebelum korang keluar dari restoran.

Kita buat Q&A je la senang sebab straight to the point.

S : Banyak tak makanan?
J : Sikit je. Makan seround, masuk round ke dua dah tak tau nak makan apa.

S : Sedap tak?
J : Biasa je. Contoh macam satay, tahap boleh makan tapi bukan tahap sedap. Sama macam kambing ke apa. Makanan lain pun semua tahap boleh makan tapi tak sampai tahap nak tinggalkan kesan kat hati supaya terkenang sampai bila-bila.

S : Ada makanan apa?
J : Seafood bakar, satay, laksa johor ke mee johor tah, rojak buah, kueteow goreng, nasi ayam, nasi hujan panas kot, roti canai, kambing bakar, air sejuk 4 jenis, air panas 2 jenis, ais krim, abc, kuih tradisional, buah buahan, lauk-lauk untuk nasi putih, roti, keropok, jeruk buah buahan, kek and puding. Aku rasa dah hampir semua dah tu. Maybe ada tertinggal sikit-sikit je. Tapi, aku ambik contoh kuih tradisional tu ye, korang jangan expect banyak jenis walaupun aku tulis in general. Semua ada a few types je. Tak banyak pun. Buffet line dia pun sikit je. Tak tipu memang sikit.

S : Ramai tak orang pergi sana?
J : Full house. Tapi restorannya tak besar pun. Tapi agak crowded jugak la. Dia bukak jugak table kat luar for open air, tapi pun tak banyak. Aku rasa buffet kat sini memang tak besar. Cuma yang jadikan crowded sebab tempat kecik. 

S : Overall selesa tak tempat dia?
J : Kalau ada baby, kurang selesa sebab macam rapat-rapat. Kalau sorang je masih selesa. Tapi meja makan dia ya ampunnn memang kecik je. Dah la dia squeeze satu meja ramai-ramai camtu. Memang space untuk makan tu kecik je. Berdoa la korang dapat meja bulat. Besar sikit space. Macam aku tadi dapat meja panjang. Memang sabar je la kalau terlanggar orang sebelah time nak potong lauk dalam pinggan tu.

S : Berapa harga buffet kat situ?
J : RM100++ je. Tak pasti la lebih dari RM150 or kurang. Sebab company bayar kan so tak tau. Aku tulis RM100++ tu ada 'je' sebab macam expect makan kat Palace of Golden Horses macam kengkonon mahal kan. Tapi ok la harga dia macam hotel-hotel lain jugak la. Ni compare tempat ye bukan compare kuantiti makanan and rasa. Kalau compare kuantiti makanan and rasa, aku rasa tempat ni mahal melampau!

S : Recommended ke tak?
J : Jujurnya kalau korang ada tempat lain yang boleh pergi, korang cuba la tempat lain. Untuk harga macam tu, aku rasa korang boleh try IOI Resort Hotel or Royal Chulan. Lagi banyak pilihan makanan and lagi ada rasa. Aku pernah rasa dua-dua ni memang meninggalkan kesan kat hati aku so aku rasa worth untuk bayar RM100 lebih tu. Faham-faham sendiri la ye maksud aku terhadap Palace of Golden Horses ni. Hehe.. Ataupun kalau bajet kurang RM100 aku sangat-sangat recommend Bangi Golf Resort! Makanan banyak giler, rasa pun ok, harga RM50 je satu kepala. Sangat berbaloi ok untuk harga macam tu.

Ok, dah habis dah Q&A kita. Kesimpulannya kat sini, out of 10 stars, Nora bagi 5 bintang je okeh! Tolong la baca versi Nora Danish. Haha. Ok bai. 


No comments:

Post a Comment