Thursday, 5 June 2014

Petua Menghilangkan Pepijat. Anyone?

Salam & Hello :-)

I don't know korang tau tak macam mana rupa pepijat ni. Aku pun baru je kenal pepijat ni a few years back. 

Photo courtesy of google
Macam tu rupa dia. Tapi ni rupa masa dia belum hisap darah orang lagi. Oh ya, makanan utama dia darah okeh! Aku geram betol la. hoho. Kalau dia kenyang hisap darah memang badan dia tu memboyot je la.

Untuk yang jenis kurang sensitif, memang tak kisah sangat kot dengan kewujudan pepijat ni. Untuk yang kulit sensitif macam aku yang kena gigit nyamuk ke semut besar sikit ke dah membengkak macam apa, maka ni masalah besar.

Photo courtesy of google
Tu kesan dia kalau kat kulit aku. Tapi ni tahap biasa lagi. Kat kulit aku memang bengkak besar-besar tu kaler merah pekat macam love bite (eahhhh :p) dan banyakkkkk. Ni sikit je ni. huhu.. Dan once kena gigit, memang ke klinik la jawabnya sebab tak tahan sangat gatal dia and bengkak pon bukan main besar. Mengganggu kehidupan seharian aku sebab asyik nak menggaru je.

Aku tak pasti macam mana benda ni boleh wujud kat rumah-rumah. Aku malas nak google and baca. haha! Kat rumah aku sekarang ni asalnya memang tak ada tapi lepas husband aku pindahkan barang dari rumah lama dia, fuh pepijat ni ikot sama la pindah sebab rumah sewa lama dia dulu memang ada pepijat (aku memang saje nak blame husband aku :p).

Ada yang bagi petua letak daun durian belanda, kulit durian, etc. Mana aku nak cari? Lagipun aku bukan nak kesan sementara. Aku nak permanent! Sebab aku ada masalah besar kalau hidup dengan pepijat ni. Tak pasal bil medical aku bertambah. haha!

Kot la kan ada yang nak bagi petua yang kesan dia permanent, thanks a lot! Jasamu dikenang.

Bye.


No comments:

Post a Comment