Friday, 27 June 2014

Mari Doakan Emily :-(


Tengok. Kesian kan? Aku lupa siram dua hari. Tapi makcik nursery tu kata pokok ni tak senang mati. Tapi kenapa dua hari dah macam ni? Sedih la camni :-(

Pagi tadi bukak pintu balkoni tengok-tengok dia dah terkulai. Laju-laju aku bawak masuk bilik air dan siram dengan penuh kasih sayang. Hoho

Taknak letak kat luar lagi biar dia stay je dalam bilik air. Sebab mengikut firasat aku dia akan cepat sembuh kalau stay dalam bilik air berbanding kat balkoni memandangkan suhu dalam bilik air lagi sejuk dari balkoni sebab tak kena direct sunlight. Whatever ayat panjang giler. Malas nak fikir. 😪

Emosi kurang stabil dua tiga hari ni sebab tu semua benda terabai. Bobo pun aku lupa bagi makan. Bobo tu sugar glider yang aku bela tapi tak bagi kasih sayang secukupnya. Tak pernah cerita kat sini. Kesian jugak kat Bobo. Mungkin akan wujud entri "Mari Doakan Bobo" pulak kalau emosi terus terusan macam ni.

Ok, sambung buat kerja. Lagi setengah jam baru boleh balik. Bila la aku nak resign ni. Hishh😤

No comments:

Post a Comment