Saturday, 14 June 2014

Fake

It happens. Selalunya kita sendiri boleh rasa orang ni betul-betul ikhlas ke tak dengan kita kan? 

As for me, I don't even harap semua orang suka kat aku pun sebab aku sendiri pun bukan suka semua orang. Kan? Face it la people. 

Bila hadap orang-orang macam ni, cara paling selamat jadi je diri sendiri. Ataupun to make the game more interesting, jadi lebih baik dari dia! Haha

Contoh : 
Act vogue! Tak perlu bercakap banyak pun dengan semua orang. Diorang say hi kita say hi balik. And smile! Lepas tu blah je buat benda lain. Orang pendengki ni dia memang pantang kalau kita tak layan dia sebab dia takde benda nak korek dari kita untuk dijadikan modal dia. Maka bertambah la sakit hati dia dengan kita. Win! Haha

Kadang-kadang aku suka jugak buat benda macam ni kat orang yang dengki dengan aku tu *siapa makan cili dia rasa pedas. LOL* Tipu la kan kalau aku ni berlagak baik budi pekerti tak pedulikan apa orang cakap and just act normal. Aku pun manusia yang ada perasaan jugak. Bahaha

Apa-apa pun, aku rasa orang yang suka dengki ni ada masalah jiwa. Patut jumpa pakar kaunseling. Tengok orang bawak handbag mahal sikit, pakai baju cantik sikit, drive kereta mahal sikit pun nak dengki. Bukan nak jadikan cabaran untuk  usaha lebih. Tah pape la.

Lagi satu, ada orang tak suka tengok perempuan cantik kan? I mean rupa paras semulajadi la. Dia macam lantak la kau buat salah kat aku ke tak, asalkan kau cantik and ramai peminat, aku tak suka kau. Apa kau buat semua tak betul. Gitteww. Ada jugak macam ni. Aku pernah jumpa. Ini lagi psycho! Haha

Macam aku, suka sangattt tengok perempuan cantik. Mesti aku tengok dia lama-lama. Pastu kalau yang jenis gambar dia senang nak dapat, I mean dari facebook ke instagram ke memana, aku mesti akan jadi stalker tegar dia and adore dia! Lepas tu berangan nak jadi cantik macam dia. Haha! Macam ni aku rasa aku la yang lagi terlajak psycho kan? Bahahaha

Siapa yang masih baca lagi sampai perenggan ni? Hebat la baca entri takde motif, merepek, meroyan tengah malam ni. Haha! Tetiba emo ni. Nasib baik aku ada blog boleh merepek sekejap. Ketahuilah yang korang baru je bazirkan a few minutes dari life korang baca pasal aku meroyan. LOL. Bye. 



No comments:

Post a Comment