Sunday, 15 June 2014

Cerita Kanak-kanak #1

Aku ada anak buah. Anak kepada adik aku yang nombor dua. Anak dia sepasang, lelaki & perempuan. Lelaki baru dua bulan lebih. Perempuan tiga tahun lebih rasanya. Tak berapa ingat. Haha!

Weekend ni aku spend time dengan diorang. Since husband aku jauh, selalu jugak la aku melepak rumah diorang tu. Bazirkan masa terluang :p

Ini cerita pasal kakak. 

Si kakak, seorang yang overly attached dengan orang. Tak kisah siapa datang rumah dia mesti dia nak manja-manja.

Semalam aku tertidur depan tivi. Aku biasa la weekend kan memang tidur siang lebih sikit. Hehe

Dia datang kat aku.

Kakak : Cik Long bangun la.. Kakak nak makan ni..
Aku : *pusingkan badan ke arah lain*
Kakak : Cik Long tolong la suap kakak. Kakak nak makan ni. Sedap ni nasi goreng ni.
Aku : *bukak mata sikit* Kakak makan la kakak kan pandai kakak makan sendiri eh.
Kakak : Cik Long bangun la apa ni tidur je ni..
Aku : *fed up* *bangun kejap suapkan dia sesudu* *tidur balik*
Kakak : Cik Long kakak nak lagi ni cepat la bangun suapkan kakak..
Aku : *buat bodoh malas layan*
Kakak : Mmmuaaahhh *she kiss me*
Aku : *terpaksa bangun dan suap dia sampai habis*

Stress tau entah pape manja betul. Kalau dia tak kiss takdenya aku nak bangun. Malas dengar dia merengek lagi. Haha

Then aku pindah masuk tidur dalam bilik sebab malas layan kena kacau lagi. 

Tak berapa lama lepas tu dia datang lagi bawak pinggan nasi ke aku sambil kejut aku suruh bangun suapkan dia dengan guna taktik yang sama.

Memang aku tak layan. Padan muka. Haha

Tau dia buat apa?



Dapat teka dia buat apa?

Dia ambik telur and masukkan dalam mulut dia sambil goyangkan badan and geleng-gelengkan kepala.

"Auuuuummmmmm sedapnya.. Sedapppp.. Auuuummmm"

Boleh camtu? Terpaksa aku bangun lagi sekali. Bising tau tak. Haha

Btw, anak buah aku pelat. Apa yang aku tulis aku dah alih bahasa ikut bahasa standard bagi korang faham. Korang patut dengar how she communicate dalam bahasa dia. Super pening kepala nak faham! Haha

No comments:

Post a Comment