Wednesday, 11 June 2014

Bila Orang Expect Kau Tahu Semua Benda

Salam & Hello :-)

Apa perasaan korang bila orang letak high expectaion kat korang? Kalau aku, memang stress!

Macam sekarang, aku kerja kat company kecik je. Technical person yang ada degree kat sini memang aku je. Lain ada, tapi lain bidang. Ada la sorang lagi bos aku ada Ir tapi tu tak payah kira la sebab dia bos dan dia jarang masuk ofis sangat-sangat. bahaha

Kerja aku sekarang ni kengkonon as an engineer. Sebab aku ada degree civil engineering. Tapi, jangan expect tinggi sangat. Sebab aku baru masuk tahun ketiga kerja lepas graduate haritu. Tambah pulak bila aku kerja kat company yang Agro based, so aku rasa aku kurang apply pengetahuan aku dulu.

Aku belajar new things. Kat sini aku banyak buat kontrak, management, semua-semua tu la. Totally no design! Korang ingat kalau kerja engineer je buat design la kan? Tak semestinya. Macam aku lebih kepada pengurusan dalam construction.

Dulu-dulu time study memang aku ada belajar design bagai. Tambah pulak aku memang structure based. Maknanya aku lebih kepada design; size column, size beam; size footing bagai tu. Tapi semua manual calculation and lebih fokus ke RC je. 

Macam steel part; UC, UB tu semua belajar jugak la tapi tak banyak pun. Dan aku tak faham pun! Haha.. Lulus cukup makan je. Maybe sebab aku kurang familiar kot. Kalau bagi RC kat aku memang no problem iolls boleh design okeh. Eh bongkak pulak. bahahaha

So relatekan balik dengan kerja aku sekarang, jangan kata UC, UB segala mak nenek bagai tu yang aku tak berapa nak faham tu, ni tambah pulak dengan lightweight structure. Mak aihhhh aku tak pernah belajar okeh dan aku have no idea about this! How to start aku tak tau. Matiiiiii

Kat atas tu aku mention aku sorang je kan technical person? Hambekk kau faham-faham sendiri la bila diorang expect kau engineer, kau tahu. Gitteww. That is not the worst part lagi. The worst part is kau engineer kau tau baca analysis. Perghhhhh

Aku kan bukan nak cakap apa, dulu time study kan aku ada mention yang aku ni buat calculation manual. Manada guna software bagai ni. Kau tau la berapa banyak software design kat pasaran. Memang gila la kalo uni korang nak beli sesatu and install kat setiap pc dalam lab. Satu software pon dah mahal nak mampos!

Adalah masa final year buat IDP guna software sikit. Sikitttt sangat okeh memang tak sempat nak betul-betul faham pun. Dan bila kau tak pernah nak pegang software tu cemana kau nak baca analysis dia? Kegilaan apakah? Bila sekarang bagi printed analysis Staad Pro kat aku, memang terkontang kanting la aku nak baca. Soalan senang je, berapa total reaction kat column tu. Bhaiii tanya memang senang, tapi aku tak pandai baca even soalan simple pon aku tak boleh jawab la oiiiii. Fuhhhh

Tapi nasib baik jugak bagi printed kat aku kan. Ce bagi yang belom print, menggagau aku nak print. Aku tak pernah pegang Staad Pro! Gilersss. 

Luckily aku ada sorang kawan, coursemate aku yang aku tak berapa nak rapat sangat pun dulu. Dia banyak tolong aku. Kteorang sama, tak pernah belajar pasal lightweight structure tiba-tiba kena buat lightweight. But she's luckier than me sebab abang dia engineer jugak dan abang dia buat lightweight. Dan bos dia jugak memang tahu design lightweight. Aku? Memang aku bergantung harap kat dia la all this while. Macam-macam soalan aku tanya dia and aku learnt a lot from her. God bless her! Dia tak pernah kedekut ilmu yang dia ada.

Dulu tanya pasal lightweight je kat dia. Sekarang makin banyak, tanya macam mana nak baca analysis Staad Pro pulak. Nasib baik dia guna software tu so dia tau la jawab. Kannn kalau kau guna kau tahu la benda tu apa and how benda tu di analyze. Ni aku ni dah la tak guna, rupa Staad Pro cemana pon aku tak tau, tiba-tiba kena baca analysis memang la aku rasa macam nak pitammmmmm!!

To make it short walaupun dah berjela aku taip, aku nak cerita yang aku ni bukan la tahu semua benda. Tolonggggg la faham sikit aku takde tempat rujukan pun kat sini. Sedih tau tak. huhu

Oklah. Bye.




No comments:

Post a Comment