Monday, 26 May 2014

Filing

Salam & Hello :-)

Filing. Aku memang ada masalah besar bila bab-bab filing ni. Aku tak tau nak kategorikan benda tu macam mana. Nak file kan ikut apa. Nak susun macam mana. Seriously aku tak tahu! Dan sangat lemah bab ni. Aku pon tak faham kenapa aku bengap sangat bab ni. bahahaha

Actually aku tak ada masalah kalau sistem tu dah ada. Maksud aku kalau dah file tu dah terletak, dah dibahagikan ikut apa semua-semua tu memang aku boleh masukkan je. No problem at all. Tapi bila suruh aku yang setup dari mula itu memang mengundang padah. Aku totally lost!

Tambah pulak dengan kerja aku yang banyak buat drawing, design, quotation, bla bla bla.. Hoihhh aku tak tahu macam mana nak susun segala benda tu!!

Dan ini merupakan masalah terbesar aku bila tiap kali appraisal bos aku akan komen kaw-kaw punya bab ni. Dah berapa tahun aku kerja kat sini, berapa tahun tu jugak la bos aku komen benda yang sama. 

Itu belum masuk hari-hari biasa yang bila dia mintak file aku, confirm ada benda tak lengkap. Aku keep record, tapi aku tak tau nak susun cemana. So file aku tu memang berterabur. Hanya aku je yang faham file aku. wakakakaka.. Itulah, tiap kali dia mintak pape yang melibatkan filing, tiap kali tu jugak aku kena marah kena bebel. Benda biasa okeh! Sampai berbuih dah mulut dia marah aku benda yang sama. Bhahaha

Tapi tolong la faham, aku seriously tak pandai nak start! Kalau ada orang tolong setup kat aku alangkah bagusnya. Haishhh tapi kadang-kadang aku pun tak faham ape benda yang nak kena keep record. Haha! Macam contoh kertas-kertas conteng yang dia conteng-conteng tu kena simpan ke? Kalau simpan memang tebal la file aku. Itu nak masuk kategeri mana pulak dalam file? Haiyo pening.. Tapi selalu jugak dia mintak benda conteng-conteng kat aku which kadang-kadang aku dah buang sebab rasa tak penting. LOL

Whatever. Kita tunggu appraisal next year. Confirm aku kena hentam pasal benda ni lagi. Takpelah, redha je la.. Ok ini sebenarnya baru lepas kena marah dengan bos pasal filing lagi.

Bye2..

No comments:

Post a Comment