Wednesday, 21 May 2014

365 Days Without Him, Begin..

Salam & Hello :-)

Aku pernah cerita dulu yang husband aku akan ke Qatar untuk kerja kat sana. Dan dia dah pergi dah pun, 17 hari lepas. Dah lebih dua minggu, and luckily I'm survived (buat masa sekarang la)! haha


On the way ke airport sempat la snap gambar. Masa ni kengkonon ceria lagi, tapi dalam hati Tuhan je lah yang tau. Mixed feeling antara sedih nak melepaskan dan gembira dia dapat ke sana.


Family yang datang. His flight tengah hari so still plenty of time la untuk lepak kejap kat KLIA tu. Eh, berkat pakai heels 4 inci boleh la duduk belakang time bergambar :p



Sebelum ke departure hall sempat snap gambar dengan kawan-kawan. Well, those friend time susah senang. Masih sudi luangkan masa untuk support aku yang tengah sedih time ni. sobss. Gambar ni Zura upload kat fb dia.


Ini dari fb Ima. Spot me tengah menangis! Giler kau tak sedih dia nak tinggal aku setahun kot kat sini sorang-sorang. huhu
Dila yang up gambar ni kat fb dia. Lepas selesai adegan menangis bagai. Mata iolls bengkak. Weh giler aku sambung nangis lagi dalam kereta. haha


 

And he left me this on my timeline sebelum flight dia berlepas. Aku sebak memang tak bukak dulu. Kalau aku bukak ni dulu sebelum aku drive balik, alamatnya tak sampai la rumah dok sibuk meraung dalam kereta.







Lepas dia transit kat Sri Lanka sebelum dia sambung semula flight ke Doha. 

Ya Allah time ni aku dah kat rumah tunggu 4 jam dia nak sampai Sri Lanka memang satu penyiksaan aku rasa. Once he reached Doha, terus rasa lega. Alhamdulillah dia selamat sampai even memang time ni dah memang confirm aku hanya akan dapat jumpa dia next year for sure. (Tapi aku harap raya nanti dia dapat balik)

Malam tu, mak aku balik Johor. Zura dengan Ima datang teman aku tidur. Luckily I have them kalau tak memang aku meraung malam tu tak tidur, esoknya tak pergi kerja lah kan kalau tak tidur.

The next day bila aku alone, fuhh time ni air mata meleleh leleh la buat apa pun keluar air mata. Malam kedua dan ketiga, aku bangun pukul 3 pagi cari dia. Sangat terasa kehilangan even still boleh keep in touch dalam whatsapp or wechat or segala social network tu.

Well, lepas dia pergi aku demam. Mak dia jatuh sakit. Dugaan orang kata. Tapi sekarang, I mean this week everything seems to be back to normal. Aku dah sihat, mak dia dah sihat. Alhamdulillah.

Aku cerita kat sini sebab aku rasa aku nak record something. Benda-benda besar yang berlaku dalam hidup aku. Aah aku belum cerita pasal kahwin haritu kan. Later la. 

While writing this pun air mata meleleh lagi. I can't help it la. I may look strong outside, tapi kat dalam memang rapuh giler. Tapi, aku tak nangis depan orang okeh. Bak kata Zura, ni first time aku nangis depan orang even dari luaran orang nampak aku lemah lembut sopan santun lembik segala. haha

Dear husband, I know you are reading this. I put all my trust while letting you go. Sayang harap you will be fine there. Never forget about me. Never forget about us. Sayang tunggu awak balik. Never break my trust okeh! I love you so much :-)

Till then, bye.

No comments:

Post a Comment