Monday, 21 April 2014

Penipu

Salam & Hello :-)

Korang pernah kena tipu? Aku rasa semua orang pernah la kan cuma yang bezanya tipu sikit or tipu banyak. Pandai la korang tafsirkan tipu sikit or tipu banyak tu :p

Aku pulak, I've came across this type of people a few times. Aku cerita yang serius je la. Yang setakat tipu tak begi effect pape tu lantak la aku tak kisah. 

Aku tak tahu macam mana golongan ni boleh wujud. Kadang aku terfikir jugak, diorang ni tak tahu dosa pahala ke? Dah la dosa yang tak tau datang celah mana tanpa sedar pun dah banyak, tambah pulak dengan dosa sengaja tipu orang ni. Geram la jugak kan bila macam balik-balik apesal la orang yang sama golongan penipu ni nak kenakan.

Tak dapat dinafikan memang bukan salah si penipu 100% la sebab yang kena tipu ni pun aku rasa mudah sangat kena tipu! Tak tau nak cakap macam mana dah.


  • Dapat keluarkan duit loan ASB 100% ikut jumlah loan tanpa habiskan bayar. Kononnya sekarang zaman pemerintahan DS Najib, ada khazanah negara yang dia sorang je boleh keluarkan. So sekarang pakat-pakat siapa ada cable dengan DS Najib memang boleh dapat la keluarkan duit ASB tu. Kira macam khazanah negara tu cover semua payment ASB. Nonsense! Pandai guna nama orang besar-besar pulak tu.
  • Dapat jadi pilot ikut pintu belakang. Aku rasa even aku tak pernah ambik tau sangat pasal syarat kelayakan, basically nak jadi pilot tinggi kena cukup, mata tak boleh rabun! Setahu aku la. Dah sah-sah diri memang pendek, mata rabun tahap pakai spek tak tanggal dah, kau percaya kenapa? Sebab ada word pintu belakang tu? Aku rasa (sebab aku tak pernah google) nak belajar ambik lesen penerbangan maybe boleh, nak jadi pilot, a big NO-NO! Tak tau ke berapa ramai yang kengkonon cukup syarat nak jadi pilot, habis belajar terbang, tapi tak boleh terbang? Kegilaan apakah kau bazirkan masa dalam hidup kau percaya benda karut ni?!
  • Dapat beli rumah lelong without slip gaji, or even bank statement. Juga tak keluarkan duit untuk bid! Tapi kena bayar kat orang sekian-sekian ansuran rumah tu every month selama 6 bulan. Derr, setahu aku SNP untuk rumah lelong valid selama 120 hari je. Then? Ada jalan belakang lagi? 

A few contoh yang aku dapat kutip. Haisshhh aku pun pening bila masalah-masalah macam ni timbul. Berapa banyak dah duit habis dilaburkan kat orang macam ni? Aku rasa duit hasil jual tanah habis lebur ke orang-orang macam ni je. Lepas tu kerja macam nak mati untuk makan hari-hari.


Si penipu pulak, kau tak ingat nak mati ke apa? Tak fikir halal haram duit yang masuk dalam tekak kau, tekak anak bini kau? Apa kau rasa kalau keturunan kau nanti orang tipu hidup-hidup macam tu jugak? Marah? Well, you have done this before! Aku harap, sampai masa ada la yang kena balik kat kau.

Tau la dunia sekarang semua benda memerlukan duit. Tapi kau ada tenaga, kau ada akal, kau ada tubuh badan yang sihat. Tak boleh ke kau buat kerja elok sikit? Yang terjamin rezeki yang kau dapat tu dari sumber yang betul, halal. Kau takde sekelumit pun rasa bersalah ke menipu golongan-golongan yang kurang bijak ni, perah keringat diorang, kaut semua duit diorang. Sedangkan diorang susah payah kerja. Memang takde hati perut kalau kau tak pernah rasa camtu!

Aku harap lepas ni aku tak terserempak lagi dengan golongan macam ni. Aku, kalau aku ni berkuasa dah lama aku lupuskan golongan-golongan macam ni. Campak laut je bagi ikan makan! Itu yang sepatutnya kau dapat! Tuhan bagi akal suruh duduk kat dunia ni buat kerja baik-baik, buat amal ibadat, tapi kau sibuk menganiaya orang!

p/s: Bukan aku yang kena tipu. Tapi orang yang sangat dekat dengan aku. 

No comments:

Post a Comment