Tuesday, 8 April 2014

Monopod & Fish Eye Lens

Salam & Hello :-)

Sekarang memang trend kan selfie guna galah panjang aka monopod ni? Bahahaha.. Tapi aku takde pon bendalah ni. Semalam, pinjam Jaja punya je sebab jakun nak try ape yang besttttt sangat guna benda ni. haha!

So, Best jugak lah! Keinginan nak selfie akan meningkat kalau ada dua benda ni. haha!


Yang pakai spek tu Jaja, owner of JW Jarashied Wedding. Nak tempah pelamin or whatsoever boleh tempah dengan dia. Beliau memang pakar. hihi.. Nak custom made pape, sila tempah dengan dia jugak sebab I tell you, dia punya kerja superb. Sekali ukur je baju dah ngam kat badan. Tak payah fitting dua tiga kali. Eh tiba-tiba terpromote pulak :p


Fuyohhhh first time guna fish eye lens. Rasa macam fefeeling hebakkk sebab ikot peredaran zaman sangat. haha! Eh eh itu baby anak buah Jaja, bukan baby aku. wakakakaka

Tips dari Jaja untuk yang nak beli monopod :

Pilih yang jenis batang besi untuk kepuasan selfie secara maksima. bahahaha.. Yelah takdelah korang tengah selfie tu tiba-tiba batang monopod tu membengkok sebab tak dapat nak tampung berat henfon. Nak-nak yang jenis tarik panjang kemain taknak kalah tu. 

Kat pasaran, yang biasa harga RM20 ke RM30 tu jenis batang plastik. Cuba cari yang mahal sikit dan tanya untuk yang batang besi. Takdelah mahal mana still bawah RM100 cuma lebih RM50 la. hihi

Oh nanti kena beli shutter jugak tau so that korang takdelah kena set timer masa nak snap gambar. Shutter tu boleh tahan jugak harga dalam RM40 aku rasa dia cakap semalam. Nanti dia connect guna bluetooth. Ceyhhh kemain cerita kan padahal selama ni tak tau pun cemana dia berfungsi :p

Untuk yang taknak beli shutter, sila download Camera 360 sebab itu ada timer. Senang nak snap gambar selfie korang itteww :p Camera biasa takde timer. Sekarang kita bercakap pasal Iphone ye. Henfon lain aku tak pasti cemana cara kamera dia berfungsi. hihi

Pape pun, gudluck untuk yang nak beli! Aku takdelah sampai tahap nak beli lagi. haha

2 comments:

  1. belum terpanggil lagi nak beli...hhee

    ReplyDelete
  2. sama mcm msredcheesecake,belum terpanggil lagi nak beli..hehehehe!

    ReplyDelete