Saturday, 5 April 2014

Malam Tadi Aku Tengok Bola Kat Stadium Hokeh!! :p

Salam & Hello :-)

Siapa fan JDT kat sini???!! Aku? Ermmm... I was born in Kelantan. My Mum and Dad are Kelantanese, termasuk la aku. hihi.. Tapi, kami menetap di Johor dah sekian lama since aku kecik lagi. Kalau tanya bila aku balik Kelantan? Yearssss ago masa arwah adik aku meninggal. That was the last time aku balik Kelantan. Sebab tu kawan-kawan aku panggil aku 'Kelantan murtad'! Sukati diorang jeeeee :p :p

To cut it short, Suami aku Johorean. Memang Johor sejati, lahir di Johor dan membesar di Johor. Jadi aku nak sokong mana ni? Kalau sokong TRW kang takot derhaka kat suami pulak. Kalau sokong JDT kang kena bash dengan susur galur pulak. Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. bahahahaha kemainnn peribahasa :D But luckily aku bukan peminat bola, jadi aku tak fanatik dengan mana-mana pasukan. Aku fanatik dengan Messi je. Eh??? :p

Last night, JDT vs PKNS FC. Nasib baik weh! Kalau JDT vs TRW aku memang pening arrr macam mana? hahahaha.. Jadi, ke stadium la kami atas sponsor dari kawan En.Suami. Ok lah masuk dapat tiket free kan. hikhik.. Oh, harga tiket RM15 je semalam kot la ada yang tak pernah pergi tengok kat stadium. Tapi harga tiket berubah mengikut perlwanan. Biasa aku dengar kalau perlawanan best or final ke whatsoever, harga tiket naik. Time ni la ulat tiket bersepah!


Suasana dalam stadium memang meriah la. Penyokong takde lah giler-giler bersorak ke apa kecuali ada part-part tertentu. Tapi yang dalam gambar tu aku tak tau la nak panggil pasukan sorak ke ape tah. Ke Ultras eh? Pape je lah aku tak hebat dengan istilah ni. Haha! 

Yang penting diorang memang hebat! Dari awal game sampai habis duk menyanyi macam-macam lagu. Giler tak reti penat ke hape hoi? Aku memang sibuk tengok diorang ni la dari tengok match kat depan. wakakaka.. And diorang nyanyi lagu yang aku tak tahu of course. Alaaaaa lagipun kan dah cakap tadi aku bukan peminat bola sebab tu tak tau kot :p Eh tapi last sekali masa habis match diorang nyanyi lagu FAM Bangsat. Memang macam tu eh? T__T


Ok ni pandangan dari tempat duduk aku. Dah nak dekat last dah ni masa minit-minit terakhir second half. Penyokong JDT memang ramai giler! Aku rasa selain rakyat Kelantan yang fanatik dengan TRW, Johor kedua la kot yang fanatik dengan pasukan dia. Aku rasa laaaaa.. Aku bukan hebat sangat bab bola. hihi.. Yang penting penyokong PKNS FC memang boleh kira berapa ketul je malam tadi. hoho


Andddd keputusan seri 1-1. Tapi yang jaringkan gol first PKNS FC la. JDT aku lupa pulak gol time first half ke second half. Nampak sangat bukannya tengok sangat kan. wakakakaka.. Tapi masa second half perasan la JDT banyak menyerang jugak. Masa awal-awal jer lepas Safee Sali masuk. Eh kenal pulak Safee Sali? :p :p


Oh lupa, benda paling gempak bila korang tengok bola kat stadium adalah burger stadium ni! Geng-geng suami aku panggil burger stadium. Bahahaha.. Giler cepat kaya orang yang niaga burger stadium ni. Cenggini rupa, roti macam tak bakar, sandwiched dengan daging pastu tuang sos. Kau tahu berapa harga dia? RM3!! Memang la mengundang makian tapi ramai jer beli sebab tak happening la tengok bola kalau tak makan makanan stadium yang mahal cekik darah ittewww. hahaha


Last but not least, Husband & Wife :p Terima kasih la bawak saya masuk stadium. Dan jugak terima kasih sebab belikan saya jersi JDT :p Nanti belikan jersi Chelsea season baru satu eh.. Eahhhhh??!!

Ok, bye!

No comments:

Post a Comment