Thursday, 3 April 2014

Job Hunting!

Salam & Hello :-)

Lepas kahwin, kami masih tinggal asing. Sebabnya kami memang tak cari rumah siap-siap sebelum kahwin. wakakakaka.. Tapi tu salah satu sebab la. Sebab lain banyak lagi.

Suami saya (tiba-tiba saya :p), jenis bercita-cita tinggi sikit. Eh, bagus la kan bercita-cita tinggi :p . Ok lah sebenarnya dia jenis tak sabar. Cerita dari segi kerjaya la ye. Macam aku jenis tak kisah sangat sebab aku stay kat satu-satu tempat lebih kepada nak belajar pandai-pandai, gittewww :p

Tapi dia, belajar tu memang belajar la tapi dia lebih mengejar DUITTTTT. hahahahha.. Maknanya dia sanggup lakukan apa saje untuk duit (habis la nanti kalau dia baca ni :p). Dia bukan seorang yang akan ikut flow fresh grad gaji sekian-sekian, lepas setahun gaji sekian-sekian macam tu. Dia nak naik cepat! Dia cakap dia nak berada di puncak cepat! So, sebab lain yang membuatkan kami still tak tinggal serumah ialah, dia pergi apply kerja kat Qatar dan dia dapat! *kan aku dah cakap tadi dia sanggup je sebab kat mata dia semua nampak duit je :p*

Jadi, aku pun dalam dilema la kan. Kalau cari rumah sekarang, in case dia sign offer letter tu, nanti aku tinggal sorang-sorang kat rumah tu. Takde lah takut pun, cuma lebih kepada risau takot mati kesunyian. wakakaka. 

Aku ada a few option yang aku terfikir in case dia sign offer letter tu. Oh, aku tak halang pon dia pergi. Pergi la kejar cita-citamu.. Nanti aku pun dapat benefit jugak kan? :p So option yang aku terfikir samada nak stay sini and sewa bilik bujang je dengan kawan-kawan ataupun balik Johor tapi sewa rumah sendiri la. Sebab suami macam tak bagi tinggal dengan parents. hihi

Tapiii dalam dilema lagi sebab aku memang ada niat nak tukar tempat kerja. Rasa macam dah cukup dah belajar segala ilmu kat sini. Time to move on. Tapi selagi dia belum betul-betul confirm sign offer letter tu aku pun tak tau nak pilih yang mana. 

Nak pindah memang la nak pindah tapi kerja baru pun belum dapat lagi. Haishhh aku bukan mintak banyak pun. Tapi yelah takkan nak mintak kurang dari gaji sekarang dah bos aku memang bayar aku camtu. Maybe a bit higher la dari market price considering aku dalam field ni sebagai perempuan, less experience, duduk ofis je, and so on. Kalau lelaki kerja site tu maybe la kot harga macam tu. Aku rasa company-company yang aku apply tu tak percaya kot apa aku tulis kat CV tu. hahahaha.. Yes, kat sini semua aku buat! Sebab aku sorang je technical person yang ada degree. Haishhh tolong la percayaaaaaa!!

Dah cukup emo dah aku rasa ni sebab aku taip time office hour which sepatutnya aku kena siapkan design yang bos aku bagi. Stress punya pasal :p Tapi sebenarnya berapa banyak resume nak kena hantar ek? Aku dah hantar ke 5 ke 6 company starting last week. Maybe kena tambah lagi kot. 

Ok lah, nasib la siapa yang baca aku membebel ni. Terima kasih banyak-banyak. Bye :p

2 comments:

  1. lama x jenguk sini..tahniah da selamat majlisnya! :)

    klu sy, prefer duduk rumah bujang dgn member. sekurang2 nye time emergency ada yg boleh nk minta tolong.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sy pun macam prefer macam tu tapi keputusan belum dibuat.. hihi

      Delete