Monday, 24 March 2014

Ya Allah, Selamatkanlah MH370

Salam & Hello :-)

Sebelum ni aku memang ikut jugak cerita pasal MH370 tapi tak pernah nak komen apa-apa. Bukan apa, aku taknak kalau apa yang aku komen akan jadi benda tak betul or menyentuh hati ahli kelarga yang terlibat.

Tapi malam ni bila PM sendiri dah mengesahkan yang MH370 ended di Lautan Hindi, terasa macam sayu sangat. Walaupun takde siapa pun yang dalam MH370 tu yang terlibat dengan aku, tapi tetap rasa something. Berita ni berita sedih, untuk seluruh rakyat Malaysia.

MH370 hilang on hari persandingan aku. Time ni aku memang tak tahu pape. Cuma malam lepas semua majlis dah selesai, baru aku start tahu cerita ni. Sedih, dan senang untuk ingat tragedi ni sebab fall on my big day.

Cuma sekarang, aku masih berharap yang still akan ada berita gembira di kemudian hari. Bagi aku, there is still hope. Sebab, aku yakin yang jika pesawat mendarat dengan selamat dan bukannya meletup di udara, still lagi diorang ada masa untuk prepare pakai life jacket or whatsoever. Plus aku dengar cerita yang MH370 ada rakit yang boleh menampung semua on board.

Faktor luaran seperti keadaan cuaca, laut yang bergelora, tempoh masa 17 hari, macam-macam benda boleh berlaku. But I strongly hope that everything will be fine! Ya Allah, kau selamatkanlah mereka semua. Fikir yang baik-baik je ok. Aku tak tau kenapa aku rasa sebak.

Take care semua :)

No comments:

Post a Comment