Thursday, 13 March 2014

Nikah

Salam & Hello :-)

Bukan entri review. Itu later :p

6 Mac 2014.
Selamat dinikahkan dengan En.Tunang. So sekarang dah bergelar suami la. hehe

Perasaan sekarang? Legaaaaaa sebab dah tak payah fikir hal kahwin lagi dah. 

Alhamdulillah majlis semuanya berjalan lancar seperti dirancang. Setakat ni belum dengar lagi cakap-cakap belakang. So aku assume semua ok la. haha

Keluarga aku dan keluarga suami memang banyak membantu sepanjang majlis. Terhutang budi sangat-sangat. Hanya Tuhan yang dapat balas jasa mereka.

Eh tiba-tiba tak tau nak taip ape. Sebab dah lama tak menaip kot. Ataupun maybe sebab dah kurang modal bercerita. Haha.. Apa-apa pon, doakan kami menjalani kehidupan berumahtangga dengan bahagia dan harmoni ye :-) InsyaAllah semuanya baik-baik saja.



Belum ada gambar official. Ni pun repost dari OP je. Tapi kat timeline Facebook memang dah berlambak la. So sesiapa yang friend dengan aku memang dah muak la kot tengok. haha! Eh bukan aku yang upload okeh! Semua yang di-tag oleh kawan-kawan dan sedara mara. Aku kat henfon sekeping pon takde gambar kahwin. Nasib la.. Jadi, mari sama-sama tunggu gambar dari OP dengan tabah ye :p

Oklah, bye. Have a nice day! :-)

2 comments:

  1. Tahniah fida. Mak ai lamanya eka tak masuk blog Fieda. tahu2 Fieda dah kawen hihihi. Alhamdulillah. Kita sama2 dah kawen, Eka plak skang counting day nak jadi mommy pulak inshaAllah next year awal bulan 3. hehehe.

    ReplyDelete