Tuesday, 7 January 2014

Rahsia

Kadang-kadang bukan nak berahsia.
Cuma aku selesa untuk tidak menceritakan kepada sesiapa.
Bukan lupa asal usul.
Sekadar ingin melupakan semua benda.

Dan terbukti, banyak benda yang aku dah lupa.
Cuma bila ada yang cuba mengingatkan kembali.
Aku rasa kau patut hormati privacy aku.
Sebab aku tak ambik kisah pasal kau.

Aku hanya simpan yang penting sahaja.
Cuma apa yang mampu menggembirakan hati aku.
Mungkin aku terlalu ingin melupakan.
Sampai satu masa dahi terpaksa berkerut untuk mengingat semula.

Benda yang aku dah buang, jangan kau cuba mengingatkan dengan bangga.
Sebab kau bukan kat tempat aku.
Cukup sekadar kau tahu.
Aku memang mahu melupakan.

My childhood memories.


No comments:

Post a Comment