Wednesday, 1 January 2014

Luahan Hati Penduduk Bumi

First entry untuk tahun 2014 :)
Tahun ni banyak benda naik kan? 
Bagi orang yang belom ada pendapatan sendiri ; duit makan minum shopping orang lain tanggung, maka aku assume agak payah la untuk korang memahami apa maksud barang naik, apa maksud kos sara hidup meningkat, apa maksud kena mula berjimat cermat, bla bla..

Bagi aku semenjak dah bekerja sendiri, aku tahu macam mana susah nak dapat setiap sen tu. 
Bukan senang hoi kerja masuk 9 pagi balik 6 petang 5 hari seminggu.
Baru lah kau ada gaji.
Kalau tak, yilek!

Kalau kau takde tanggungan lagi memang masih ok la, kot?
Tapi buat yang dah ada family mesti sangat-sangat terasa kan?
Jadi kat sini peranan setiap ahli dalam institusi keluarga tu penting.
Kena memahami situasi si pencari rezeki.
Kalau korang tak dapat nak tolong sekalipon, tolong faham pasal kos sara hidup ni pon dah cukup bagus dah.

Macam aku, semanjak dua menjak ni aku dah cut banyak benda yang tak perlu.
Contoh macam shopping, keluar berjalan, tengok wayang, etc.
Bukan sebab tak mampu nak afford (aku single so consider masih mampu), tapi aku rasa dalam keadaan ekonomi sekarang ni memang bahaya kalau aku spend semua duit aku ke benda-benda yang kurang penting.

Lantak la orang nak cakap hidup aku boring ke takde life ke apa ke. 
Well ni kesedaran aku.
Ini cara aku fikir.
Korang punya pemikiran yang tak sama dengan aku tu, senang je, semua orang ada pendapat masing-masing.
So, lets respect each other.
Tapi kadang-kadang aku panas hati jugak la kalau your life decission tu turut mengheret aku sama ke life korang.
Kata tak sama, of course la aku bengang nak kena adapt dengan life yang aku tak pilih kan. 

Whatever, hidup mesti diteruskan.
Cuma aku harap, 2014 will be better than tahun-tahun sebelum ni. 
Be a better person.
Respect each other.
Faham situasi orang lain.
Kadang-kadang kena fikir dulu apa yang kita buat ni akan buat orang terasa hati dengan kita tak sebab orang susah nak cakap 'no' atas dasar menjaga hati. 

Ok, good night. Just a random post before I start my new 2014 :)

2 comments:

  1. @S. Faezah Selamat Tahun Baru untuk awak juga :) Semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun lepas.. hihi

    ReplyDelete