Friday, 10 January 2014

Dah Tiba Masa Untuk Move On Ke Belum?

Salam & Hello :-)


Harini gatal tangan pergi belek jobstreet. Aku tak tahu kenapa sebab aku takdelah plan untuk tukar kerja sangat. Sebab kerja aku sekarang ni pon ok jugak. hihi

Tapi aku rasa, mostly apa yang company dalam jobstreet tu describe untuk field aku tu, aku tahu. Dan aku buat! Yelah kat company aku sekarang ni memang aku sorang je yang pegang title 'engineer' tu. wakakaka.. Padahal bukan hebat mana pon :p

Tulah, dalam dilema. Tengah tunggu tengok increment berapa and bonus berapa dulu. Last year, I mean after one year aku kerja kat sini memang aku meroyan jugak nak tukar tempat kerja sebab aku rasa stress giler on first year tu. 

First year, aku banyak buat salah! Kena marah dengan bos adalah benda biasa. Tapi aku tak pernah nangis or stress or buat muka kat bos, sebab aku rasa itu learning process. Kalau dia tak marah or tak tegur, bila aku nak pandai? Unlike aku punya colleague (tapi dia dah kerja lama la) kalau kena marah dengan bos mesti buat muka. Aku tak faham kenapa mesti macam tu sebab bos takkan marah tanpa sebab. Eh termengata dia pulak kat sini. haha!

Then aku tak jadi pindah dan aku meneruskan khidmat aku on second year tu which is tahun lepas. Faktornya, bos naikkan gaji aku lebih dari aku expected dan bonus aku pon agak bagus. *mata duitan :p*. Dinaikkan pangkat *kengkononnya* dan skop kerja aku dia revised balik. Jadi, kerja aku tak sebanyak kerja aku buat on first year. Banyak jugak benda baru aku belajar on second year tu.

Tahun ni tahun ketiga berkhidmat. Senang je aku nak kira tahun sebab aku start kerja bulan satu kan. Oh lupa, this is my first job :-) Actually, bos aku baik. Walaupon cina dia takde nak racist (ada pon sikit sangat yang kalau kau tahu memang macam tak effect pape) dan dia jugak tak kedekut ilmu. Sepanjang aku kat sini, banyak benda yang dia ajar. He's willing to teach kalau kau pergi mengaku kat dia kau tak tahu. Itu aku selalu buat. hehe.. Sebab aku adore cara dia bekerja dan azam aku memang aku nak korek ilmu dia sebanyak mana yang boleh. haha :p

Conclusionnya, aku memang la ada rasa macam nak pindah sebab aku nak belajar benda baru lagi. Tapi ada jugak perasaan ok je kalau aku stay sini sebab semua pon ok je.

We will see how. 

Nasihat aku pada yang baru nak masuk dunia pekerjaan:
  • Cekalkan hati. Fisrt year adalah tahun untuk kau belajar dan kena marah. Belajar sebanyak mana boleh tahun ni! Jangan give up sebab kalau kau pindah company lain pon kau akan alami benda yang sama.
  • Bersedia untuk buat apa saja kerja. Jangan kau cakap itu bukan skop kau, kau taknak buat. Jangan! Sebab kau akan belajar benda baru dari situ. Dan jangan sekali kata tak boleh kat bos kalau kau tak tahu or tak pandai. Cakap kau akan cuba buat instead of kau tak tahu buat. Lepas tu belajar untuk buat, tanya orang, buat research kat internet or whatsoever. Kau akan belajar something new!
  • Positif! Belajar, belajar, belajar dan belajar! Sebab ni fisrt experience kau. Dari sini kau akan mula tambah something dalam resume kau bila kau nak pindah nanti. Kau akan rasa berbaloi time ni (macam aku rasa sekarang, tapi bukan aku nak cakap aku paling bagus cuma kau sendiri akan nampak skill kau tu nanti memang sangat berguna untuk kerja seterusnya).
  • Kalau boleh jangan pindah-pindah tempat kerja sangat. Sebab company biasanya akan review kau punya background. Kalau kau banyak sangat lompat-lompat, dia mungkin akan fikir mesti ada something tak kena dengan kau.
Tu je lah kot. Dari aku yang baru masuk tahun ketiga kerja. haha :p


2 comments:

  1. Nasihat sy cekalkan hati jugak. Kalau Gaji ok, bonus ok, bos ok just stick je dkt company tu melainkn company lain offer better tp belum tentu bos ok. Annndd kalau dapat gomen ke boleh kot move on. keje susah nk dpt skg. HUhu sadis kn???

    ReplyDelete
  2. hihi.. itulah kte jadi berbelah bagi jugak sebenarnya.. tapi kte dah try apply spa tu lama dah sampai sekarang pon belom sangkut. cuba bg tips sikit cemana.. :-)

    ReplyDelete