Friday, 24 January 2014

40 Days to Go

Salam & Hello :-)

Currently laptop rosak. So susah nak blog dari rumah. Ni pun blog dari handphone je which is aku tak suka! Skrin kecik pastu susah nak edit. Huhu


Lebih kurang la kot kan 40 hari lagi tu. Taknak bagitau exact date lagi. Rahsia! Sebab tau memang ada stalker yang suka baca blog ni diam-diam :p

Nervous? Tak pun! Stress ada la sebab banyak benda belum setel. Bab booking-booking tu semua dah. Tapi tak tau kenapa macam ada banyak je lagi benda tak buat. Termasuk la register nikah. Belum buat lagi sebab nak tunggu cuti CNY baru nak submit borang. Nak jimat cuti tahun katanyerr. Hehe

Sebab banyak benda buat sendiri. Dari pilih vendor sampai la pilih makanan, goodie bag bagai. Letih la.. Barang kemas pon survey sendiri. Nanti dah decide kedai mana baru ajak En.Tunang pergi. Dia kan tak banyak masa, plus dia memang takkan buat kerja survey ni. Haku yang pening! Nak berpatutan tapi tak bagi kerjasama untuk tolong cari. 

Kadang-kadang boleh bikin gaduh jugak. Sebab aku stress memilih sedangkan dia tau tadah je tengok aku tunjuk apa kat dia. Pastu komen mahal! Eh ter-emo pulak. Haha

Contoh macam aku suruh tanya pape, punya la take times nak tanya. Nasib aku suruh tanya, kalau tak tanya memang kau buat benda yang salah la kan? Takkan nak keluar masuk pejabat kadi 2 3 kali pasal borang je. Tak faham kenapa tak boleh nak prepare awal get ready tanya semua. Haishhh.. Tolong la faham awak! Sy dah stress tahap ape dah sebab banyak benda sy tolong fikir! Jadi tolong la bagi kerjasama kalau sy tanya pape T__T

Benda-benda lain, nak finalize time cuti CNY ni. Semalam mak aku mesej cakap nak guna catering pulak kat rumah. Haritu plan lain, kali ni plan lain pulak. Banyak benda tukar last minit. Susah tau! Sebab semua melibatkan kos. Hidden cost kau tau lah, memang melambak. Kasut kawen pun belum beli lagi ni. Tu hidden cost jugak tuh.

Orang tanya, berapa belanja untuk kawen ni? Banyakkkk!! Kalo orang kata minimum 30k. Betul la tu. Minimum tu maknanya majlis ada semua benda tapi bukan semua benda kau puas hati. Gitteww.. Hehe.. 

Tapi untuk majlis aku, kena tanya En.Tunang sebab dia keluarkan belanja. Aku punya part untuk sikit-sikit kat rumah aku je. Oh, rumah aku buat kenduri akad nikah without sanding. Ada pelamin untuk bergambar and dinner je lepas akad nikah. Aku tak invite orang ye untuk majlis sebelah rumah aku. Hanya sedara terdekat and close friends je. Ini memang majlis bajet retiss :p :p


Doakan semuanya berjalan lancar ye. Sebab sikap aku, memang aku tak boleh terima benda tak perfect. Perfect bagi aku lah. Bagi korang mana la aku tau. Haha.. 

Cuma satu nak cakap, kalau selera besar tapi bajet ciput, maka kurangkanlah selera anda itu. Macam aku, memang pening sebab tu la. Semua nak cantik-cantik dan nampak ekslusif kengkononnya, tapi bajet ciput! So aku pening la sorang-sorang. Haha

Doakan tau! Semoga semuanya ok-ok saje :-)

7 comments:

  1. S. Faezah: aah bulan 3 tapi belom nak bagitau. Tunggu kad siap baru reveal. hehe..

    Nursaila Norman: Thanks a lot! Nanti nak ambik inspirasi hias rumah jimat2 macam rumah awk. :)

    ReplyDelete
  2. serious mcm besh blog awok.masuk reading list..hihi..tak saba nk nengok majlis kawin..dah follow awk.follow me back, kite baru lagi..makacihh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. follow my 2nd blog
      http://everybodylovetoseeme.blogspot.com

      Delete
  3. Semoga semuanya dipermudahkan oleh ALLAH..amin

    ReplyDelete
  4. aku dah tau tarikh. nak kepoh boleh? kahkahkah.

    masa aku beli cincin tunang dengan risik akram yg survey. bagus tak? hahha! sebab die yang kuar bajet harus dia yg survey :P

    ReplyDelete