Monday, 2 December 2013

Tutorial : Cara Nak Tambah Tab Instagram Dalam Blog

Hai !! Gaya macam hebat kan siap nak buat tutorial bagai. haha.. Sebenarnya lebih kepada nak tulis sebagai peringatan untuk diri sendiri kot-kot lepas ni aku lupa takde lah menggagau aku google balik. bahahahaha
Pesanan aku, sila klik kat gambar ye supaya korang nampak dengan jelas.



Perasan kan layout semua dah bertukar? Saje je aku bosan so aku godek-godek la blogger layout tu memandangkan aku makin rajin menulis dah sekarang ni :D :D :D
Jadi sila refer yang aku dah bulatkan kaler hitam tu. Yang tu la kengkonon aku nak bagi tutorial sekarang ni. hehe

Mula-mula aku nak cakap, aku guna templete biase je yang ada kat blogger. So kalau blog korang guna templete pelik-pelik aku tak pasti la korang masih boleh apply ke tak cara ni.

Step 1

Pergi ke http://snapwidget.com/#getstarted nanti korang akan jumpa form yang korang kena isi macam kat bawah ni. Skroll ke bawah tau sebab form dia kat bawah.


Itu contoh macam aku punya. aku isi macam tu. Korang boleh trial and error kat sini sebab aku pon buat camtu jugak tadi. hehe

Lepas dah isi dan klik preview berkali-kali sampai puas hati korang klik la get widget dan copy semua coding tu. Dia akan keluar macam kat bawah ni tau baru korang boleh copy.


Step 2

Pergi ke blogger layout dan klik add gadget macam kat bawah ni. Aku tak tau la korang punya arrangement cemana tapi ni aku punya arrangement.


Lepas tu akan keluar macam kat bawah ni.


Ambik HTML Java Script tu ye. Jangan mengada nak ambik benda lain. haha! Lepas tu akan keluar macam kat bawah ni. Banyaknyeeeeee ayat 'macam kat bawah ni'. bahahahaha


Ok, sila la paste coding yang korang dapat tadi kat situ ye. Lepas tu pandai-pandai la save, preview segala bagai. Takkan nak ajar lagi kot yang tu. haha!

Agak-agak tak puas hati lepas korang paste dan preview tu nampak tak cantik je kat blog maka ulang balik dari atas ye. Buat coding baru! Senang je kan? Sekejap je aku buat ni tadi lebih la 5 minit tapi takdelah sampai 10 minit. Memang kejap sangat. hehe

Selamat mencuba! Maaf la ni tuorial versi pemalas. bahahaha.. Korang nampak dapat kat aku jadi 2 step je kan? Lantak la ni lebih kepada note untuk diri sendiri je sebenarnya :p :p :p

Byeeeeeeee :)



No comments:

Post a Comment