RESEPI : Tortilla Tuna Wrap Bersos Yogurt

Sunday, December 22, 2013

Hello & Salam J

Aku sekarang dalam mood diet sebab takotttt dah tak lama lagi dah nak ehem-ehem. Hehe.. Jadi aku dah letakkan rules kat diri sendiri; no more nasi for dinner, no more fastfood! Itu je :p
So untuk dinner malam tadi aku buat tortilla ni. Instead of guna mayonnaise untuk naikkan rasa dia, kali ni aku guna NESTLE Natural Set Yogurt uolls. Kata mood diet kena la guna benda-benda yang selamat bagi orang diet kannn :p

Eh jap korang tau tak kenapa aku pilih yogurt ni instead of mayonnaise?
  • Low In Fat
  • No Sugar Added
  • Contains Calcium
  • No Colouring
Ha itu yang dia claim kat website ni http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset . Sila visit sana ye for more info dan resepi yang super best guna yogurt ni J

Tapiiiii untuk sekarang marilah secara berjemaah belajar resepi yang aku dah buat ni. Bahahahaha

 BAHAN-BAHAN

  1. NESTLE Natural Set Yogurt (Of course la ni bahan utama ni :p)
  2. Ayam Brand Cili Tuna (aku suka yang pedas sebab tu aku ambik perisa ni. Ikot tekak masing-masing la ye)
  3.  Mission wraps (boleh beli kat Jusco kalau korang tak tau mana nak beli)
  4. Salad dan tomato (sukahati nak sayur apa asalkan kena dengan tekak)

 CARA-CARA


  1. Tuangkan tuna dalam mangkuk dan masukkan 4 ke 5 sudu besar yogurt ke dalam tu.
  2. Gaulkan sebati. Sebab tadi guna tuna bercili kan, korang buang la cili dia time ni. Kang pedas melampau pulak kalau tergigit. Haha!
  3. Bentangkan wrap dan susunkan sayur ke atas dia. Eh tapi sebelum tu panaskan la dulu wrap tu dalam microwave. Ikot je cara yang dia ajar kat plastik tu :p
  4.  Masukkan tuna yang dah dicampur dengan yogurt tadi dan wrap lah tortilla korang tu kemas-kemas. Hehe 


Nak tengok hasil aku buat kemas ke tak?

Tarrraaaaaaa!!!!




Boleh la kan? Boleh kerja McD dah ni :p
Cepat kan? Kejap je buat ni.. pastu melantak la korang habiskan tortilla korang tu. Bahahahaha 


Amacam? Menggoda tak? Hikhik :p kalau korang rajin korang taruk sos sekali dalam tu. Aku macam biasa la, malas terlebih. Mihmihmih


p/s : Entri ni aku submit untuk sponser post NESTLE Natural Set Yogurt. Untuk info pasal produk diorang korang boleh visit http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx#naturalset. Website diorang best okeh! Rugi kalau korang tak jenguk.

2 comments