Sunday, 8 December 2013

Resepi : Puding Roti aka Bread Pudding

Weekend uolls. Semenjak duduk rumah baru, so far aku rasa bahagia sangat. bahahaha.. Maybe negative vibes semua dah takde. Jadi, I'm enjoying myself here. Tak semena-mena terbuat bread pudding padahal tengahari dah masak sup ayam yang giler boleh makan sampai 5 orang. Orang tengah bahagia kat rumah baru la katakan.. mihmihmih :D

Actually, this is my second trial. First trial, terlalu stick to resepi orang. Maka tak jadi. Kali ni, baca a few recipes kat google tanpa jot down satu habuk pon and just guna common sense masa buat. Kira cincai aku guna ikot sedap hati aku la kan. Dan Alhamdulillah, menjadi. So sebelum aku lupa aku taruk apa, adalah lebih baik aku tulis siap-siap. haha!

Jom cekidout resepi puding roti aka bread pudding yang super simple ni! :)

Bahan-bahan untuk pudding :

1. ROTI BUTTERSCOTCH GARDENIA yang esok dah nak expired dalam 10 keping kot

2. TELUR AYAM gred B 3 biji

3. SUSU CAIR 1 tin. Aku guna brand Marigold sebab paling murah. bahahha

4. ESEN VANILLA satu penutup. Eh aku lupa semalam nak taruk esen vanilla. Nasib baik telur tak banyak kalau tak hanyir kemainn! haha

5. GULA sesudu or dua sudu. Ikot imaginasi korang nak pudding tu manis ke tak sebab nanti kita nak makan dengan sos kan. Macam aku letak 2 sudu tapi tak rasa manis pon.. hehe

5. KISMIS untuk hiasan. Macam aku guna kismis minda sebab tu yang ada. hehe.. Tapi tak sampai sekotak pon aku letak dalam tu. (optional)

6. SERBUK KULIT KAYU MANIS untuk naikkan bau wangi. (optional)

Cara-cara :

1. Campurkan susu cair, esen vanilla, gula dan telur ayam dalam satu bekas. Kacau rata bagi semua bahan sebati. Sebati tu maksud dia telur semua dah pecah, gula pon dah larut. Tak payah beriya pakai mixer bagai. Aku kacau guna sudu je. 

2. Lapikkan loyang dengan kertas pembakar. Kalau takde kertas pembakar korang guna la marjerin sapu kat loyang tu supaya puding korang tak melekat. Macam aku lagi prefer guna kertas pembakar sebab lagi senang nak keluarkan. Marjerin pon kadang-kadang susah jugak :p

3. Susunkan roti cantik-cantik dalam loyang tadi. Sukahati la nak susun cemana pon asalkan tersusun ok. Tak payah nak carikkan pon roti tu.

3. Tuang bahan-bahan cair yang korang dah kacau dalam bekas tadi ke atas roti. Pandai-pandai lah ye bagi roti tu basah semua. Taburkan kismis dan sedikit serbuk kulit kayu manis kat atas dia. Biarkan selama lebih kurang satu jam ataupon sampai roti dah mengembang dan lembik sangat.

4. Selepas lebih kurang satu jam atau roti dah lembik, masukkan dalam oven dan bakar. Panskan lah dulu oven tu ye. Nak bakar ni ikot oven masing-masing la. Macam oven aku semalam, aku guna 170degree api atas bawah. Api mesti atas bawah tau baru masak sekata. Bakar sampai masak. Nak tau masak ke tak, korang cucuk guna garfu. Kalau kering tak berair dah tu maknanya masak la tu. Macam aku, kurang dari setengah jam dah masak.

*dah kata resepi ikot common sense sebab tu takde benda yang tepat nak-nak time nak bakar tu. hehe*

Rupa sebelum masuk oven ye. Nampak aku alas guna kertas pembakar. hehe.. Tang ni jangan nak kreatif guna kertas A4 ke suratkhabar lama ke ea kang hancur pulak kertas tu besama puding korang :P

Ok dah masak kan puding korang tadi jadi mari kita buat sos kastad pulak untuk makan dengan pusing roti tu ye. Resepi sos kastad aku malas nak tulis dalam point form sebab simple sangat. mihmihmih

SOS KASTAD : Satu tin susu cair + satu sudu tepung kastad + gula 3 sudu (nak manis tambah ikut selera sendiri). Campur semua dalam periuk. Gaul rata sampai tepung kastad, gula dan susu sebati. Letakkan periuk atas dapur dan masak sehingga sos pekat dan berkilat. *kena selalu kacau supaya sos tak berketul*.



Tadaaaaaa!! Setel.. hehe. Senang je kan? Boleh ler korang cuba lepas ni.
GOODLUCK :-) Have a nice weekend. ;-)

4 comments:

  1. uishhh sedapnya,..tgk gambar puding roti yg bawah sekali memang mengiurkan...sedap!

    ReplyDelete
  2. dah lama tak buat puding roti..org rajin memang mcm ni..huhuhu :P

    sos tu sedap :D

    ReplyDelete
  3. @intanfirdaus247 haha sila la buat. resepi cincai pon boleh :p

    @Nursaila Norman kte pon second time buat ni.. dulu buat hampeh tak menjadi. haha

    ReplyDelete
  4. Tengok gambar hasil dia, siap dgn sos custard lg, terus berbunyi perut....

    ReplyDelete