Sunday, 1 December 2013

Pindah Rumah

This weekend memang super duper busy! tak pergi pon exam SPA untuk jawatan 'Pegawai Trafik Kawalan Udara' sebab ummm nak pindah rumah? No, not really. Sebab rasa macam jawatan tu sesuai dengan jiwa je. Dah google info tapi tak banyak. Exam hari Sabtu pulak, so macam takpelah tak pergi pon. Eh kenapa tiba-tiba cerita pasal SPA ni? haha

So basically, while I'm writing this I've already at my new house. Yeay!! Tapi yang tak yeay, tingkat 4 uolls! Gila mengangkut barang nak naik atas. Kesian En.Tunang kena buli semalam T___T. Dah ler barang aku banyak. Harini sambung lagi angkat barang besar-besar sebab lori only available harini.

Cerita nak pindah rumah ni tragis betol la. Bak kata En.Tunang, "Aku benci pindah rumah!" haha. Itu kata dia, kata aku pulak "Aku pindah bersebab weyyy!". hehe

Rumah lama tu, owner nak ambik balik. Well I think miscommunication kat situ sebab ex-housemate aku yang bijak bistari tu entah cemana dia deal sampai kteorg kena pindah. Lantak lah! Yang penting aku dah send mesej panjang berjela kat dia meluahkan ketidakpuasan hati aku kat dia. Biar dia terasa, selama ni takde orang tegur dia kan sebab kengkonon status beliau ustazah *blerrghhh*. Ye, aku serumah dengan ustazah. Can u imagine? hahahahaha :p :p :p

Dah kat rumah baru, I kinda like this new environment. Well, too early to judge kan? We will see ok ke tak. Aku rasa problem besar sekali ialah sebab aku tak suka orang ambik tahu pasal aku. Aku pernah cerita tak aku ada beberapa orang je kawan yang close dengan aku? Macam takde kan. bahahaha.. Sebab aku tak suka benda pelik-pelik. Then, I only choose a few yang betol-betol ngam dengan jiwa untuk aku kawan. Macam 'bajet bagus' je kan aku ni? Well, orang tak kenal aku semua cakap camtu. SEBAB AKU TAK SUKA ORANG PERANGAI PELIK-PELIK YANG TAK KENA DENGAN SELERA AKU sebab tu aku memilih kawan! haha *saiko minah ni siap capslock! :p :p* Tapi aku ada je kawan yang lain-lain. Pendek kata close friends je la a few kan. Eh, ada ke orang ada ramai close friend? bahahahaha

Ok dah, nak menikmati udara segar di tingkat 4. Rumah ni takde lif. So tercapai la cita-cita aku nak kurus lepas ni. haha! 

No comments:

Post a Comment