Monday, 9 December 2013

Peristiwa Kurang Best Di MANJAKAKI FOOT REFLEXOLOGY & SPA

First of all, aku tak tau pasal kewujudan tempat ni sehinggalah aku jumpa kedai dia kat Aeon Big area rumah aku. Disebabkan kami (aku dengan ofismate aku yang Indian) desperate sangat nak massage sebab kengkonon badan dah penat sangat rasanya, maka kami tanpa fikir panjang menuju ke tempat ni. Padahal plan asal nak pergi massage tempat lain, but nevermind malas nak cerita panjang.

Sampai kat kaunter macam biasa la kita belek-belek pakej yang ada. Masa ni ada sorang akak yang deal dengan kami namanya Kak Mas (ye kot nama dia. Penat dah fikir lupa pulak) yang deal dengan kteorang. Tapi bukan dia sorang la kat kaunter tu. Ada a few staff lain sekali. 

Cerita ni aku cerita secara ringkas je sebab aku malas nak menaip panjang-panjang kat henfon ni.

Maka setelah ditimbang tara semua pakej yang ada dan atas suggestion Kak Mas maka kami setuju nak ambik pakej Body Relaxing + Foot Reflexology + FREE Ear Candling untuk selama 80minit worth RM60. Aku nak tegaskan kat sini kami dah tanya beberapa kali untuk confirm harga dan dia memang cakap ye, harga dia macam tu.

Macam biasa sebelum masuk tu memang diorang akan bersihkan kaki kita dulu. (Info untuk sesiapa yang tak pernah pergi massage)

Tapi sebab aku taknak review lagi servis diorang best ke tak maka tak payah la aku cerita kan. Hehe

Lepas tu ada dua orang tukang urut datang kat kteorang dan bawak kteorang ke bilik masing-masing. Bilik kami asing, so tukang urut pon asing la. Eh tu pon nak cerita ke? Bahahaha

Sebab taknak review dia urut macam mana maka cerita lompat ke kami dah siap urut. Haha laju betol ni :p

Aku pon keluar la ke kaunter depan kan nak buat payment semua. Ofismate aku yang Indian tu memang dah ada kat kaunter dan dah siap bayar sebab dia habis awal sikit dari aku. Maka kat sini lah drama bermula. Jeng jeng jeng..

Ofismate aku cakap total semua RM88. Aku macam buat bodoh je time ni tak faham lagi ape benda dia cakap ni sebab aku kan ambik pakej RM60. Lepas tu bila aku keluarkan duit nak bayar, si minah yang jaga kaunter tu cakap RM88. Then mula la aku menyoal siasat apa benda yang RM88 ni sedangkan aku ambik pakej RM60 je? Kat sini pon aku dah start geram sebab yang deal pakej dengan aku orang lain, yang urut aku orang lain, yang nak kutip duit aku orang lain! Derr ape ni kan?

Setelah aku argue dan aku refused untuk bayar total RM88 tu aku suruh dia panggil Kak Mas tu keluar sebab dia yang deal dengan kteorang. Kak Mas susah giler nak keluar! Aku tak tau dia tengah ada customer ke apa tapi minah yang jaga kaunter tu banyak kali panggil pon dia tak keluar lagi. 

Yang keluar Kak Ina, orang yang urut aku. Dia cakap Kak Mas kata dia salah buat. Apa yang Kak Ina buat untuk aku tu untuk pakej RM88. So aku kena bayar RM88. Tapi mana Kak Mas taknak keluar pulak dia ni? Lama-lama keluar la dia dengan muka marah-marah dan suara sedikit tinggi datang bagi arahan kat minah yang nak kutip duit aku dengan Kak Ina tu supaya ambik RM60 je dari aku. Lepas tu dia masuk balik ke dalam tanpa cakap pape kat aku.

Aku ok je since dia dah cakap macam tu so aku keluarkan RM60 je la kan. Lagipon memang aku deal untuk harga tu. Tapi minah yang jaga kaunter tu dengan Kak Ina taknak terima RM60. Diorang nak RM88 jugak sebab diorang dah tulis dalam record diorang servis apa yang diorang dah bagi kat aku. Kalau tak diorang kena ganti duit sendiri la. Dan record tu pulak tak boleh nak padam or liquid.

Sebab aku malas nak gaduh maka aku pon mitak nombor Manager Branch diorang sebab aku nak cakap sendiri dengan dia masalah aku. Lagipon harini memang hari aku rasa nak tegakkan keadilan, sebab tu aku rajin nak buat macam ni. Kalau hari aku malas memang aku bayar je. haha


Manager Branch dia nama Nizam. Senang angkat fon. Lepas aku explain masalah aku so dia cakap takpe nanti dia call staff dia tanya macam mana. Aku tunggu la jugak lepas tu. Dalam pada tu, antara staff ni semua dah gaduh-gaduh dah salahkan orang tu orang ni. Yelah mana ada orang nak mengaku salah sendiri kan. Gaduh depan customer? Sungguh tak profesional!

Dah lama sangat tengok diorang ni gaduh dan aku pon memang mati-mati cakap taknak bayar lebih maka aku call balik si Nizam tu tanya apa cerita ni? Dia cakap dia on the way so kalau boleh suruh aku tunggu. Of course la aku sanggup tunggu kan. Duit kot.. bahahaha.. padahal bukan duit aku, duit ofismate aku yang dah bayar RM88 tu. Aku kan belom bayar lagi. :p

Nizam pon boleh tahan lambat jugak nak sampai. Sempat aku call lagi sekali tanya dia kat mana. Katanya dia dari Ampang jalan je. So takpelah aku bukan kejar masa pon. Sementara tu memang aku dah hand la duit RM60 tu kat Kak Ina sebagai bayaran aku. Selebihnya aku memang tunggu Nizam sampai baru discuss.

Nizam sampai lebih setengah jam kemudian. Lepas aku explain kat Nizam apa masalah aku, dan dia faham semua miscommunication yang berlaku antara staff dia so dia pergi ke kaunter untuk bincang. Aku dah cakap awal-awal kat Nizam aku tak tau apa kata sepakat staff dia sebelum tu. Yang aku tau diorang dah gaduh sesama sendiri. Masing-masing salahkan orang lain dan diorang gaduh depan customer! Depan kaunter! Depan pintu masuk! Then Nizam pon sama jugak la, pergi ke kaunter dan bincang hal ni kat situ. Lebih kepada bertekak aku rasa sebab masing-masing taknak mengaku salah masing-masing. Dan diorang masih lagi bergaduh depan customer! I can't brain this :'( Tapi lantak korang lah bukan bisnes aku. Kalau bisnes aku dah lama aku pelangkung sorang-sorang kalau dapat staff macam ni. Gila tak nak gaduh depan customer?

Last sekali Nizam pulangkan balik duit kat ofismate aku tu RM28. Kesimpulan yang dia buat, customer is always right! Ye, memang kami betol sebab kami request untuk pakej RM60. Korang punya pasal la yang lain-lain yang korang buat salah tu. Mana kami tau pakej korang cemana. Kami terima je apa yang korang dah bagi sebab this is our fist time datang sini! Lain la kalau kami dah selalu datang dan arif dengan semua pakej boleh la kami soal balik kalau kami rasa salah time korang buat tu. ish2..


Tengok, yang issue kad ni orang lain pulak. Satu aku nak tegur, memang la benda ni berlaku sebab aku nampak diorang takde sistem. Yang deal orang lain, yang urut orang lain, yang kutip duit orang lain, yang datang menyibuk dan nak tegakkan keadilan bagi pihak kawan pon orang lain. Tak sistematik langsung! In case kalau bos dia ada terbaca komen macam ni, aku nasihatkan dia buat satu sistem yang senangkan semua orang. Kalau macam ni semua orang boleh lepaskan salah kat orang lain. Aku yang customer pon naik pening. 

Walaupon Nizam and staff dah mintak maaf dengan kecuaian diorang tapi aku tetap rasa aku takkan pergi lagi tempat ni. Tak sistematik! Nanti aku review servis dan perangai staff dia macam mana ye. Bukan nak mengata, tapi hakikat. Ni bukan first time aku pergi massage. Sebelum ni aku pergi tempat lain dan aku rasa aku better stick to that one. Temapt ni tak mungkin aku jejaki lagi. Cewahhhh hahaha..

Entry super panjang ni aku tujukan untuk En.Tunang! Sebab aku malas nak cerita kat whatsapp. Gua penat wei berjuang menegakkan keadilan tadi. Bahahhahaha.. Gudnite!

p/s: Dalam kes ni, aku nampak Kak Mas yang bersalah. Tapi tadi semua orang salahkan Kak Ina (tukang urut aku). Kalau Kak Ina salah mesti tukang urut yang urut ofismate aku tu pon salah sebab dia bagi servis yang sama kat ofismate aku. Servis yang macam yang aku dapat. Jadi arahan yang diorang terima tu sama la kan? Yang keluarkan arahan Kak Mas, orang yang deal harga dengan kteorang. Tapi salah tu pergi ke Kak Ina sebab aku yang argue. Haha! Sengal diorang ni.   

3 comments:

  1. sy pun baru p sana.. Body+foot massage rm 80.tp NOT RECOMMENDED. X BEST.Mmg x repeat dahhh...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Berminat nk urut? Saya buat servis dr rumah ke rumah.. Boleh contact no saya jika berminat.. 0172377380 tina. Anda dh x perlu keluar jauh2 g urut. Sbb saya akan dtg ke rumah anda.. Lps abeh urut, relax je kat rumah..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Berminat nk urut? Saya buat servis dr rumah ke rumah.. Boleh contact no saya jika berminat.. 0172377380 tina. Anda dh x perlu keluar jauh2 g urut. Sbb saya akan dtg ke rumah anda.. Lps abeh urut, relax je kat rumah..

    ReplyDelete