Tuesday, 17 December 2013

Perihal Bridal dan Orang Pasang Khemah

Salam & Hello :)

Weekend lepas aku kat Johor. 

Selain dari attend wedding best friend aku, jadual aku pack dengan jumpa orang-orang penting untuk majlis nanti. Sangat penat hokeh! Aku touch down Senai pukul 8.30am kot, lepas tu ambik bas ke Larkin, meet up dengan bakal mak mertua kat sana then ambik bas ke Today's Pasir Gudang. Mak aku dah tunggu kat situ nak jemput kteorang. Then kteorang berempat, aku, En.Tunang, mak aku dan mak En.Tunang terus shoot ke Tanjung Sedili nak discuss pasal pelamin.

Sampai kat Tanjung Sedili dah tengahari dah dalam pukul 1.00pm ke 2.00pm kot. Bukan sebab kami menyinggah mana-mana tapi sebab pengangkutan awam. Biasa la naik dua bas sebelum jumpa mak aku kan. Punya la lambat basnya.. Tapi aku ok je sebab aku takdelah kejar masa sangat kan.

Aku confirm ambik pelamin dari Andaman Ikhlas Bridal ni sebab aku malas dah nak fikir. Kan aku ada cakap aku nak review diorang punya PR macam mana kan. hehe.. 


Actually butik dia boleh tahan best jugak. Aku tak snap gambar sebab dah penat tapi percayalah cakap aku, butik dia best! Baju-baju banyakkkkkkk giler memang boleh rambang mata kau nak pilih. Tapi sebab aku memang tak ambik baju jadi aku belek-belek sekadar cuci mata je la. hehe 

PR dia pulak at first aku tak berapa suka. Memang aku hampir-hampir naik angin sebab aku sampai sana nama aku takde dalam list! Aku dah bayar kot RM200 for booking. Then cari punya cari, ada nama En.Tunang dalam tu dan bukan nama aku. Padahal yang buat bayarannya dan deal dalam Facebooknya aku. Maybe sebab lepas tu En.Tunang yang call dia tanya bayaran dapat ke tak kot. Tu pon setelah aku dah hampir nak mengamuk jugak sebab dia tak reply mesej dalam Facebook.

Takpelah yang tu aku kira ok la kan nak buat macam mana.. Lepas tu boleh pulak dia tak tulis langsung pakej mana yang aku dah discuss dengan dia T__T. Tu la yang mengundang sakit hati aku.

Tapiii semua tu diselamtkan oleh Kak Sya. Kak Sya ni dia yang jaga butik tapi dia bukan owner la. Actually aku sendiri yang cool down dan cerita semua apa yang aku dah discuss kat Kak Sya. Aku bengang pon aku cerita jugak. haha! Yelah aku discuss pasal pakej dengan pelamin dengan orang lain, time confirm payment orang lain, datang ke butik orang lain pulak yang deal dengan aku. Tapi takpelah dah sejuk dah pon hati ni. haha!

Then lepas dah discuss dan cerita semua selama beberapa jam, maka kami dah dapat kata sepakat la pelamin apa aku nak, tema apa aku nak. Bak kata Kak Sya, dia tak pernah lagi deal dengan orang macam aku. Pening dia! haha.. Tapi dia ok je.. ramah orangnya dan seboleh-boleh dia akan tunaikan jugak hasrat kau. Contoh macam dia takde kaler bunga yang macam aku nak, dia akan cuba suggest alternatif lain yang lebih kurang sama. Kira dia ni berusaha la untuk puaskan hati customer. 

Jadi apa aku boleh cakap, bridal ni ok boleh la kalau korang orang-orang Johor nak deal. Cuma mula-mula je agak kelam kabut sikit. Pakej sangat ok dan jugak orang kat butik sangat ramah tamah. Pasal pelamin, nanti tunggu majlis la baru review. hehe

Arabian Canopy kat Kota Tinggi (Felda Tunggal)

Yang ni mintak maaf la memang aku takde contact number dia. Tapi kalau ada pon aku tak recommend korang ambik dengan dia. Sebab sangat tak best! Tapi aku terpaksa la jugak sebab yang tukang dealnya En.Tunang dan masuk campur oleh mak dia. So, malas la aku nak gaduh. haha! Ikotkan hati aku kalau orang yang aku pilih memang aku sanggup je cari lain.

Bukan apa, sepatutnya dia la yang ikot kehendak aku kan sebab aku customer. Tapi ni terbalik pulak, dia pulak yang suruh aku ikot dia. Ambik itu ini ikot apa yang dia ada je. Derrr.. wa panas hati betol dengan lu. Tapi terpaksa berpura-pura cool sebab kena control depan bakal mak mertua. bahahahaa

Pendek kata memang tak best la! Aku request kipas komersial yang besar yang letak kat tepi khemah tu instead of kipas kat atas tapi jawapan dia senang je "TAKDE". Then suruh dia tanya kawan-kawan dia kot-kot ada sape yang ada pon senang-senang je cakap "TAKDE" lagi sekali. Takde usaha langsung nak puaskan hati customer! Teruk betol la..

Lepas tu aku tanya satu khemah boleh muat berapa orang pon tak tahu. Asyik ulang cakap hiasan khemah dia cantik je. Tapi bila aku mintak tunjuk gambar pon takde jugak. Senangnyaaaaaaa dia buat bisnes! Sakit hati aku ni.. Memang aku confirm ambik dengan dia jugak la tapi aku tunggu je masa majlis nanti kalau dia buat silap memang dia cari nahas la dengan aku. Bahahahha.. Ok lah dah lah aku mengumpat dia. Bertambah dosa kering iolls nanti. hikss!


Eh panjang jugak ek entri bertulis aku ni. haha.. Nanti I shall review on Malindo Air yang aku naik masa balik haritu, wedding best friend aku, makan-makan kat Kampung Pasir Putih kat Pasir Gudang and so on. Aku cuti on weekend je tapi banyak betol tempat aku pergi kali ni. haha..

Bubbye uolss :) 

4 comments:

  1. huhu..jgn panas2 k..pengantin kena cool..hopefully brader khemah tu kotakan janji dia :)

    ReplyDelete
  2. @S. Faezah haha dah cool dah.. bukan brader la.. ni akak2.. :p

    ReplyDelete
  3. neves pulak aku baca review bridal ko ni. aku ni pon kuat ngamok jugak. hahaha

    ReplyDelete
  4. Sis. thanks a lot for entry ni
    kita pon b2b from johor.
    so mmg tgh cri bridal. pelamin dia mmg cantik gila oiiii. hahaha

    sis. blh bg whatsapp no org yg in charge x? i prefer pompuan
    dah ty kat fb dia. n dia dah reply
    tpi bila msg senyap je xblas pon.
    menciiii .;(

    btw, salam perkenalan. ;)

    ReplyDelete