Thursday, 19 December 2013

Klang Valley vs Johor Bahru

Semalam had a short discussion dengan En.Tunang pasal kenaikan harga barang untuk next year. Walaupon konon-konon chill punya discussion je tapi sebenarnya topik ni serius jugak kan?

Lately banyak aku nampak pakat duduk meroyan kat Facebook dengan Twitter pasal kes kos sara hidup bakal meningkat tahun depan. Actually aku pon meroyan jugak tapi malas nak beriya up status. Yelah Facebook pon ramai haters sekarang ni. bahahahaha

So, aku macam dah buat conclusion lepas kawin aku nak balik tinggal kat Johor je. Itu pon sebab aku dah ternampak kadar kenaikan tol naik mencanak. Giler kau bukan naik seposen dua, sampai seringgit naiknya! Stress aku! Ingat haku banyak duit sangat ke nak bayar tol banyak-banyak. Tak masuk lagi kos petrol yang makin naik, pastu barang-barang lain lagi.. Stress!!

Tapi semalam sebelum tidur aku terfikir something; Pro and Con untuk keputusan aku tu..

Kalau aku pilih untuk TINGGAL DI JOHOR BAHRU.

Advantages
Disadvantages
1. Dekat dengan family.
1. Nanti asyik gaduh dengan mak je.
2. Tak payah bayar kos sewa rumah, makan, etc.
2. Takde kot. Tapi tetap kena hulur jugak kan takkan dah besar mak tanggung lagi.
3. Tak payah bayar tol.
3. -
4. Kos sara hidup rendah
4. -
5. Banyak masa spend dengan family.
5. -

Kalau aku pilih untuk TINGGAL DI KLANG VALLEY.

Advantages
Disadvantages
1. Dekat dengan suami (time tu dah jadi suami la insyaAllah).
1. -
2.
2. Kena bayar kos sewa rumah, etc.
3.
3. Kena bayar tol.
4.
4. Kos sara hidup tinggi.
5. Banyak masa spend dengan suami.
5. Kurang masa spend dengan family.
6. Banyak tempat shopping and warehouse sale biasa buat kat central region.
6. Kat Johor kurang tempat shopping. Nanti tak dapat pergi H&M, Setia City Mall, etc. Nanti dah tak dapat barang murah-murah T__T
7. Senang nak buat duit. I mean kat sini semua benda boleh jadi duit.
7. Hidup stress sebab asyik kena kejar duitttt je. Maybe because of kos sara hidup tinggi tadi.
8.
8. Tak ada Big Bad Wolf! Walaupon aku jenis bukan baca buku sangat, tapi asalkan benda sale je aku suka! :p

Itu je yang ada dalam kepala aku sekarang kot. Maybe banyak lagi benda lain tapi tak terfikir lagi buat masa sekarang. Susahnya nak buat pilihan! Ada masa lagi.. Sempat lagi nak fikir. Kena buat Istikharah la aku rasa sebab once dah buat keputusan, susah nak patah balik. 

Oh, En.Tunang kata dia maybe akan stay sini dulu a few years sebab projek dia sekarang cambest je. Aku tak kisah sangat pasal tu kalau aku dah balik JB. 

p/s: Well, this is my diary. Lately aku rasa lebih suka tulis benda merepek kat sini dari tulis kat Facebook. Hehe.. Sorry ler kalau ini cerita merepek :p


1 comment:

  1. Bestnya weh! Aku lepas tunang Akram dah suruh balik keje KL. Sebab die x suke duduk jauh ngan aku. Gedik kan? Aku pening pikir pasal tol ni. huwaaaaaaaaaa. Kalau dah kawen memang kompom2 la kene duduk dengan dia. Mungkin duit gaji habes bayar tol & minyak je. Aku duduk Johor aman damai gila kot. Haihhh terbuat sesi luahan perasaan pulak kat sini. Wakakaka

    ReplyDelete