Wednesday, 20 November 2013

Nak Shopping Online Murah?

Aku suka register akaun kat online shop. Contoh yang femes macam Poplook, Fashionvalet, Seqoci, Padieka apa benda tah lagi kena cek newsletter kat email. haha.. 

Dan problemnya bila register akaun kat kedai diorang, automatik kita akan subscribe diorang punya newsletter. And they will keep sending us berita-berita sensasi dari kedai diorang. Update new stock la new design la and kalau ada benda out of stock pon diorang update je. Boleh je kan kalau nak unsubscribe tapi aku macam takpelah biar la. Ada jugak email yang masuk inbox aku tiap-tiap hari kan.. bahahahaha (saiko punya pompuan :p :p)

Tapiiii the best part of subscribing for newsletter is bila diorang selalu hantar DISCOUNT CODE dan jugak cerita pasal item yang memang aku dah belek-belek fikir nak beli ke taknak tu on SALE! Gila tak? Memang gila la aku meroyan kalau camtu fikir nak beli tak nak beli tak? Adoii memang stress!! 

Best memang la best dapat shopping dengan harga murah berbanding harga biasa kan tapi jadi tak best bila orang macam aku ni memang pantang tengok barang on sale. Like hello, on sale kot. Memang patot beli. Gittewww.. Dan aku dah banyak sangat berhabis untuk online-online shop ni T_____T

Haritu ada la timbul kesedaran jap insaf janji dengan diri sendri taknak shopping online lagi sebab banyak jugak dah barang yang aku dapat tak ngam dengan aku bila aku pakai. Mostly baju la kan. Lepas tu baju-baju tu semua tersimpan elok je dalam almari tak pakai dan tag dia pon tak tanggal lagi. Satu pembaziran di situ kan? Dah la aku jenis kalau beli tu memang tak reti beli satu, at least 2 ke 3 helai sekali beli sebab nak jimat postage. wakakakaka (sekali lagi, memang saiko pompuan ni :p :p)

Oh aku lagi prefer shopping kat website e-commerce rather than Blog ke IG ke FB ke sebab aku rasa macam tu lagi sistematik tak payah aku nak terjah owner kedai tu banyak-banyak kali tanya pasal barang aku sebab segalanya aku boleh cek je kat akaun. Senang la bagi aku aku rasa.

Nak share satu website yang aku keep repeating beli barang dari dia. Aku selalu bila aku rasa aku kena update wardrobe aku akan bukak website ni dulu sebab dia murahhhhh banyak dari tempat lain. Tapi semua baju korean punya la so tak payah nak expect kualiti tinggi sangat. Tapi still ok kalau pandai pilih :) Kalau perasan online shop yang mana jual korean punya brand tu, banyak je design yang diorang ada tu ada kat sini. Ni bukan nak condemn online shop ok, just aku nak share mana korang boleh dapat benda ni dengan harga yang lagi murah. hehe.. Sape tak suka benda murah kan?

Kalau nak beli kat situ, make sure korang ada kesabaran yang tinggi sebab dalam seminggu baru korang dapat barang. Ok, have a nice day :)

No comments:

Post a Comment