Thursday, 28 November 2013

Baju Nikah

At first, aku plan nak tempah dengan designer. Bunyi macam banyak duit kan? Bahahaha.. Tapi sebenarnya designer tu member kepada member aku so harga pon dapat la harga member-member jugak. Tapi takde lah murah giler dah nama pon designer :p

Setelah dihitung ditimbang semua rasa macam tak perlu pulak nak membazir macam tu. Nak habiskan ribu-ribu untuk baju yang pakai sekejap je. Well memang la ada sentimental value, tapi aku kembali berpijak di bumi yang nyata. Kembali kepada sifat kedekut aku, nak barang cantik tapi murah. Sabarrrr je lahhhh.. Hahahaaha

Maka aku kembali ke plan asal aku, cari kain sari untuk buat baju. The reason is sari memang dah sedia cantik! Tak perlu tempah beadings lagi sekali lepas kau jahit semata nak cantikkan dia. Kan aku dah cakap tadi aku nak barang cantik tapi murahhhh :p

Lagipon design yang aku nak pon takdelah pelik-pelik. Plan nak kurung moden je untuk nikah. Tapi ada la modified sikit kengkonon nak up to date jugakkkk. Kemain kan?

Mangsa aku untuk teman aku cari kain sari yang aku nak ialah ofismate aku! Sebab dia Indian, so dia adalah pilihan yang tepat. Bahaha.. Dipendekkan cerita jenuh la minah tu teman aku keluar masuk kedai masa Deepavali haritu. Ye, aku shopping sekali dengan diorang nak sambut Deepavali. Overrr sangat! Macam aku je yang nak raya. Tokey kedai pon pandang aku semacam. Haha

Dah berjaya jumpa. Harga murahhhhhhhh sangat memang jauh giler nak jejak bajet aku. Tapi sebab rasa macam dia cantik je kalo jadi baju so aku ambik je lah. 

Jadi sneak peak sebelum dia jadi baju boleh ler aku tunjuk. Nak tengok lepas dia jadi baju nanti tunggu la time aku nikah :p :p 



Simple je sebab dah malas nak jalan. Ramai giler orang hoi! Sebab utama ambik because of the border. I just love it! Tengok la nanti lepas jadi baju cantik ke tak. Hopefully cantik la.. Hehe.. Ohh kenapa aku taknak pakai lace masa nikah sebab aku rasa boring. Semua orang pakai lace time nikah. Lagipon aku dah pakai lace time tunang haritu so takdelah rasa ralat sangat. Hehe

No comments:

Post a Comment