Friday, 25 October 2013

Johor Premium Outlet (JPO)

Well ini cerita basi. Aku bosan tak tau nak buat apa. Scroll instagram ternampak satu IG shop yang aku follow kengkonon nak tengok-tengok barang dia lah. Yelah betol la aku tengok sebab aku tak beli pon. Mihmihmih


Sebab tajuk dia JPO kan so aku tepek sikit gambar aku kat JPO la ye. Hehe.. Actually JPO ni aku dah pergi banyak kali dah. Location kedai semua aku dah hafal! Hebat kan? Sila muntah sekarang. Wakakaka.. Yang ni pergi masa raya puasa haritu masa on the way dari JB ke KL. Wujudnya adik aku jugak dalam gambar ni sebab dia tumpang nak balik UiTM Segamat.

Tapiii jangan la kau anggap aku dah berkali-kali pergi maka berkali-kali jugak aku shopping kat sana yeh. Boleh kira dengan jari la berapa kali aku beli barang kat situ. Memang ler harga barang dia lagi murah dari kat tempat lain tapi brand yang ada semua riban punya. Yang aku dok shopping kat situ pon Carlo Rino je. Tu je yang mampu milik. Bahahhaha

Apa kesinambungan cerita ni dengan perenggan pertama tadi yeh? Haha.. Japp tunjuk korang ni..


Ni ha!! Dah lama aim kat IG shop yang aku follow tu dok rasa nak beli tapi tak tau nak beli bau mana. Yelah aku tak pernah beli VS ni kang beli bau pelik-pelik kang rugi pulak. Iolls mengada sikit kalau tak suka campak tepi je. Haha

Disebabkan JPO tu ada outlet VS maka masa balik Raya Haji (jangan konfius gambar first memang raya puasa tapi ni cerita raya haji :p) haritu aku singgah la. Gedik mengada masuk kedai ni! Padahal tujuan sebenar nak cari handbag (orang belanja. Ehem :p), tapi tak jadi beli takde yang berkenan maka ni la habuan dia. 

Cuba banyakkk bau last sekali pilih 2 jenis je yang konon-konon menepati citarasa. Pure Seduction dengan Sheer Love. Oh salah satu faktor tak jadi beli kat IG shop sebab tak dapat bau so pegi kedai ni dapat bau sendiri kan teros grab.  :)

Harga super murah I tell u kalau kat online biasa paling murah aku jumpa RM50 sebotol kan. Yang kat JPO ni aku tak pasti berapa sebotol. Tapi boleh ambik 3 botol campur-campur (tak kisah body shampoo ke body mist ke lotion ke pape je la) dapat RM128 je tak silap. Apa lagi aku yang tamak haloba grab 3 botol teros la! Wakakakakaka


Sebotol lagi dalam bilik air malas nak tayang. Alah bau Pure seduction je jugak. Wangi gilos! Kalau rasa belom pernah try baik try. Tak rugi wa cakap lu. Lembut je kat kulit plus dengan bau dia yang super wangi tu. Jadi sekarang aku dah kena discard Body Shop punya shower gel since aku dah ada yang lagi best :p

Dah la habis cerita dah hilang bosan. Penat menaip kat henfon ni. Haha

Bye. Xoxo :)

No comments:

Post a Comment