Saturday, 14 September 2013

Bonus Pertama

Cerita ni bukan pasal bonus company. Itu awal tahun depan baru dapat. Ni cerita pasal bonus lain. Teruskan membaca walaupon bosan :-p

Ok sambung cerita pasal tajuk kat atas. Semalam aku sempat curi masa pegi HQ Shaklee kat Subang nak ambik barang untuk customer. Ada customer yang urgent. Nasib baik aku memang ada hal kat subang. Kalau tak kesian la kena tunggu Sabtu baru aku ambik barang. T__T

Bulan lepas aku dah kecoh pasal aku jual barang Shaklee kan? Sebab aku join pon dah lambat dah nak hujung bulan tu baru aku buat sale, maka aku takde lah buat sale banyak sangat kan. Lagipon kemain la korang aku share kat fb masing2 pakat hide aku kan taknak baca iklan? Takpe korang..hahahaa

Tapi kalau dah rezeki memang tak kemana kata orang kan.. Aku pon tak sangka ada jugak dekat2 nak closing hujung bulan tu ramai yang place order. Ramai tak ramai la tapi cukup la untuk melayakkan aku dapat bonus ^_^ I really appreciate sape yang pakat jadi customer aku last month. Thanks korang! I love u so much!! :-)

Berbalik kepada cerita bonus, aku dapat cek pertama aku dari Shaklee semalam la masa pegi ambik barang. Aku ingatkan diorang bank in direct je ke Maybank, rupanya bagi cek. Maybe sebab aku tak update lagi details pasal akaun aku kot?

Cek ni walaupon tak banyak mana tapi aku rasa excitedddd sangat! Hoi sape tak suka dapat duit kan? Orang gila pon suka! hahaha 



Tudiaaaa..aku tak tipu ini bukan bisnes main2. Ini bisnes boleh masyukk punya. hehe.. Yang penting kita buat kerja yang betol ye takde tipu2 orang :-) Usaha.. rezeki semua kat tangan Dia.
Sesuai la untuk sape2 yang nak tambah pendapatan tu sebab bonus masuk tengah bulan. Time orang tengah sesak! hikhikhik

Kalau rasa ada yang berminat nak join ke atau nak tau macam mana nak run bisnes ni jangan segan silu contact aku. Whatsapp boleh email pon boleh.. Whatsapp korang godek la instagram aku cari nombor aku. hehe.. Kalau nak email boleh email ke fiedaredzuan@gmail.com.

Have a nice day guys! 

No comments:

Post a Comment