Thursday, 22 August 2013

Shaklee Independent Distributor (SID)

So I'm officially a Shaklee Independent Distributor!! Yeay!!

Macam mana aku boleh terjebak dengan benda ni ek? Emm..asalnya sebab selalu nampak ada sorang akak tu asyik dok iklan je kat fb dia. Lepas tu mula lah aku gedik-gedik pegi view kan. Saje je la belek-belek. Tapi tak pernah beli pon..

Kesinambungan cerita ni, En.Tunang selalu la mengadu dia letih-letih kan macam tak cukup rehat. Kerja penat katanya. Kalau keluar dengan aku je kat mana-mana pon dia boleh tertido. Dah dia selalu sangat merungut kat aku kan so tiba-tiba terdetik la idea nak tanya akak tu ada tak supplement yang boleh tolong kurangkan letih tu. Kurangkan ok bukan hilangkan. Tipu la kalau tak letih langsung. Bukan manusia la namanya. haha

Jadi bermulalah episod aku dengan Shaklee. Dah belikan dia benda tu aku perhati je la dia kan. Ok la banyak perubahan. Walaupon tak ambik full set ikot suggestion tapi banyak improvement. Mamat tu dah tak tido bila keluar dengan aku. Lepas tu after kerja pon dia boleh beraktiviti lagi main futsal main badminton bagai. Syukur Alhamdullillah!

Jadi bila satu hari tu ada sorang blogger tu post pasal sape yang nak join member untuk Shaklee, aku laju-laju email dia tanya details. Dan aku register! Tengok la nanti aku berjaya jual ke tak. haha.. Bukan apa aku join pon memang la motif utama nak tambah pendapatan kan tapi at the same time sebab aku rasa produk ni bagus. Aku tengok supplement dia semua best-best!

So target aku lepas ni aku nak start consume set ni :

 Set kecantikan kulit Shaklee dengan ESP

Yelah iolls kena la get ready untuk hari bersejarah nanti kan. Lagipon nak promote kat uolls kena la ada pengalaman sendiri kan. mwahahaha..

Pasal produk mana yang En.Tunang makan tu kan nanti la aku tulis lain kalau aku rajin. haha.. Kena cerita panjang sikit sebab kisah benar kan. Kalau tak takkan la aku terpengaruh nak join jadi member pulak kan..

K la bye-bye :-)

No comments:

Post a Comment