Sunday, 11 August 2013

Selamat Hari Raya

Yuhuuuuu!! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :-)

Harini dah 4 Syawal. Esok hari last kat rumah sebelum balik semula ke Key Ell. Banyak la aku punya Key Ell kan padahal Cheras je. haha..

Takde apa pon nak cerita sebenarnya memandangkan raya tahun ni pon biasa-biasa je. Beraya kat Johor lagi tahun ni. Last beraya kat kampung 3 tahun lepas. Tu pon balik sebab adik kedua tu nak kahwin. Kalau tak rasanya memang tak balik jugak. Bukan apa, mak aku macam dah takde sedara mara je kat sana. Ada memang ada tapi tak rapat. Cuma sejak akhir-akhir ni je selalu dengar mak aku cerita pasal diorang tu. Kalau tak memang takde la.

Emm aktiviti raya pon macam biasa jugak. Cuma tahun ni berbeza sikit sebab tiba-tiba ramai pulak yang datang beraya kat rumah. Raya first berderet tetamu. Pelik jugak sebab sebelum ni memang tengah hari baru aku bersiap pakai baju raya, tapi tahun ni kena bersiap awal. Agak meriah jugak la kan sebab kuih raya pon banyak. Mak aku pon semangat masak nasi dagang untuk raya first tu. hehe

Raya kedua pulak En.Tunang dengan mak dia datang beraya. Mak aku masak laksa dengan nasi impit kuah kacang. Sedap gilos! Aku dok ulang makan je hari tu. By the way aku rasa macam En.Tunang tak pernah pon officially datang beraya ke rumah aku. Tahun ni pon datang bersebab. Takpe berat sebelah kan, kita tengok lepas ni cemana. wakakaka :-D

Ceritanya tahun ni aku berhabis giler untuk raya.Beli barang-barang untuk rumah, prepare duit raya, kuih raya bagai. Raya paling semangat bagi aku. Satu, sebab aku dah kerja. So boleh la sponser diorang siket. Actually tahun lepas pon dah kerja tapi tahun lepas ekonomi masih belom stabil. hehe.. Dua, sebab aku rasa ni raya terakhir aku dengan diorang. Sebelum aku terpaksa membahagikan masa antara rumah mak aku dengan rumah mak mertua (konon). haha..

Jadi lusa aku dah start kerja. Eh lusa ke Rabu? Aku cuti sampai Selasa sebenarnya.Tengok la kalau rajin aku masukkerja Selasa memandangkan aku dah balik sana esok. Kalau aku malasaku masuk Rabu je. Uwaaaa dah rasa dah stress kerjanya.. Bila tah nak habis tahun ni. :-(

Akhir kata, Salam Lebaran.. Maaf Zahir Batin :-)


2 comments:

  1. untung laaa dpt cuti braye....
    aku nk update blog pn da tade mase....
    beshnye dengor masakan mk kamoo....
    nk jugak bolh ker???

    ReplyDelete