Saturday, 3 August 2013

Ramadhan buffet di Equatorial Hotel Bangi

Memang event setiap tahun company aku kerja akan buat buka puasa bersama staff. Location up to us la nak pilih kat mana. Yakin je kan aku cakap setiap tahun. Padahal aku baru kerja kat situ 2 tahun. haha

Dan untuk tahun ni kami pilih Equatorial Hotel kat Bangi. Sama tempat je dengan Bangi Golf Resort tak silap aku sebab aku macam terserempak dengan tempat tu dulu masa mula-mula masuk tadi.

Terus kepada cerita makanan kat situ. Malas nak merepek panjang-panjang. Bagi aku biasa-biasa je. Harga dia RM100++ tau satu kepala tapi makanan dia tahap yang aku rasa buffet yang harga RM60++ je. Gambar bukti? Aku tak snap pic. Kalau nak tahu betol ke tak pergi la rasa tahun depan. haha

Kenapa aku cakap dia biasa-biasa je? Sebab kebanyakan makanan yang dia hidang boleh dapat kat tempat-tempat biasa kat luar. Ye lah dah kau makan kat hotel kan, dgn harga yang cenggitu mesti la kau punya expectation tinggi. Sebab tahun lepas aku makan kat IOI Resort dengan harga yang lebih kurang tu. Makanan dia jauhhhh sangat beza nya. Jadi kat sini bukan faktor menu tu yang biasa-biasa, tapi faktor harga yang dia letak kat situ yang aku rasa tak berbaloi. Walaupon bukan aku yang bayar kan. hehe

Staff pulak masa aku tengah makan aku mintak la garpu lain sebab yang aku guna tu dah kotor. Boleh dia jawab kat aku cemana tau "Tak ada kat sini. Guna je yang tu" Wah, terkejut aku dengan jawapan macam tu. Tau la tu sistem layan diri tapi bagi aku kau boleh cakap guna ayat yang lagi elok kot. Dah la nak suruh refill air masak pon nak kena panggil banyak kali. Hmm.. lagi la tolak markah kat situ kan. Lepas tu belom pukul 10 lagi tp dah dekat pukul 10 la mcm 9.40 mcm tu dia lipat-lipat meja main hempas-hempas kuat-kuat. Sampai boss aku sound "Eh belom masa lagi eh. Boleh makan satu round lagi." Ha hambek kau. haha

Ye cerita panjang pon tak guna kan sebab aku takde bukti gambar ke apa. 


Tu je yang aku ada. Tu pon ofis mate aku yang gatal snap sebab dia cakap aku makan banyak. Walaupon tak berapa nak puas hati tapi aku hentam je. wakakaka

Menu? Boleh refer kat website hotel tu kot. Malas nak cerita sebab menu tak banyak sangat pon bagi aku. Banyak yang repeat je. Rasa? Pon tahap biasa-biasa je.

Ok sekali lagi aku clarify sebenarnya aku rasa bukan sebab makanan, tapi sebab harga yang macam tu aku rasa tak berpatutan. Untuk menu yang yang cuma macam tu. Sebab aku pernah makan dapat menu yang lagi gempak, lagi banyak pilihan dan lagi sedap untuk harga yang lebih kurang sama. 

Till then, xoxo :-)

No comments:

Post a Comment