Thursday, 15 August 2013

Cita-citaku Ingin Menyarung Topi Chef :-)

Cerita minggu ni lepas balik dari cuti raya aku dengan bersungguh-sungguhnya ajak En.Tunang temankan aku pergi satu tempat kat PJ. Tak surpise sangat pon la sebab aku dah bagitau dia awal-awal sebelum pergi tu.. Jadi dia pon terpaksa la melayan kerenah aku ni. Kena biasakan diri awak kan? wakakaka gelak guling-guling dah ni :-p

Sebenarnya aku dah lama mengidam nak belajar baking. Emm aku tak suka kelas persendirian macam kau bayar a few hundreds lepas tu datang belajar kat rumah dia. Ha, kelas persendirian maksud aku. Sebabnya bagi aku, aku nak belajar secara formal. Ye aku tau diorang ada ilmu tu tapi aku jenis yang suka dig dalam-dalam gitu. Aku kalau boleh nak belajar teori so that aku boleh try sendiri benda tu based on what diorang ajar. Means that aku free untuk bereksperimen bila aku tau teori tu. Alah malas nak explain lebih-lebih biar aku je faham apa aku nak. haha

So, aku telah pegi ke sini! First time jejak kaki kat sana aku punya first impression, wow best giler! Memang betol rasa macam kat kolej-kolej sangat. Walaupun tempat dia agak kecik tapi aku rasa ok. Environment dia best!

Lepas dah jumpa orang yang jaga kaunter tu dan lepas dia bagi penerangan pasal course yang diorang ada semua, guess what? Aku rasa kecewa sebab aku rasa aku tak dapat buat dalam masa terdekat ni! haha.. bukan apa at first aku ingat untuk belajar tu aku nak withdraw EPF aku je nak guna bayar yuran. Tapi diorang cakap tak boleh pulak sebab aku nak buat certificate je. Benda tu only applicable untuk diploma. Haishh bukan aku taknak buat diploma. Memang niat first aku nak buat diploma tapi sebab diploma takde part time dan memandang aku memang ada komitmen kerja so aku choose la untuk buat sijil. Tapi tu lah, duit aku ada tapi nak guna untuk kahwin. Sedihnya! haha

Jadi kita tengok la ye aku berjaya ke tak nak join kelas tu. Mana tau dekat-dekat nak intake dia nanti aku ada rezeki lebih sikit dapat la aku join. hehe.. 

Last but not least,
pembakar semangat. hehe ;-)

1 comment: