Thursday, 1 August 2013

Cerita Semalam

Kenapa nak tulis? Sebab lately asyik lupa je nak cerita apa kat En.Tunang. Aku busy, dia pon busy. Kerja sampai tengah malam. Kegilaan apakah? Aku pulak bulan puasa ni memang cepat betol la tidurnya. So memang susah nak menyembang. Jumpa time weekend, semua cerita dah lupa. Masing-masing senyap je tak tau nak cerita apa. Sembang benda merepek yang takde faedah je.

Alkisahnya semalam kena panggil dengan bos masuk bilik dia. Well actually bilik dia tu memang aku selalu keluar masuk. Bukan benda pelik pon kalau kena panggil. Dia kalau panggil aku memang tak payah interkom pon, dia jerit je dr bilik dia tu. Hahaha..gangster kan bos-bos aku.

Masuk bilik dia tengok dia tengah study drawing. Dengan kalkulator ada kat sebelah. Siap nampak ada conteng-conteng tulis nombor kat drawing tu. Aku pon pelik apehal la mamat ni. By the way dia memang selalu panggil aku sebab drawing tu aku je yang betol-betol study dan BQ yang dia pegang pon aku yang buat. So every item dalam BQ tu dia nak tau la kat mana letaknya dalam drawing tu.

Tapi pernah la jugak iolss sentap dengan ayat dia pasal drawing tu. Boleh dia cakap cemana dia nak ingat sesatu benda yang ada dalam drawing tu sebab ada banyak. Dah la banyak, ada 24 buah rumah lain-lain pulak nak kena ingat.Well hello, bagi ayat camtu? Habistu yang aku ni selama ni duduk ingat sesatu semua nak suruh jawab on the spot kalau tanya tu apa benda? pfftttt

Jadi semalam cerita dia lain, dia tanya aku benda lain. Sambil tekan kalkulator sambil tunjuk drawing. Tekan tekan nombor semua tunjuk kuantiti kat aku. Cuak giler! Apesal? Rupanya dia nak cakap kuantiti aku tak cukup. Aku macam wah, takkan la aku bodoh sangat kira formwork pon boleh salah. Kira luas je pon. Dah la tu, beza sampai puluh-puluh m2 pulak. Macam pelik, takkan la kot. Lepas tu dia tolak dgn kuantiti aku. Balance tu dia kira berapa banyak yang kurang darab dengan harga. Perghh siap tunjuk kat aku tu 6k+ rugi untuk satu item untuk satu rumah. Iolls apa lagi cuak la kan. Mintak permission nak balik meja nak cek balik calculation yang aku buat sebelum ni. memang cari nahas la kalau salah kan sebab harga dah final, kerja pon dah jalan. So memang tanggung rugi je la bos aku kan kalau aku kira salah during tender.

So balik ke meja aku dengan perasaan berdebar-debar. Yelah cuak giler kot. Boleh bayangkan dah berapa banyak total lost untuk satu rumah tu kalau kuantiti salah. Sebab dia cakap bukan item tu je yang aku kurang, banyak lagi. Laju-laju aku belek file lama cari balik drawing dengan calculation aku yang lama-lama tu. Cek balik dengan BQ yang aku dah final.

Dipendekkan cerita, drawing tender dengan drawing construction memang ada penambahan kuantiti kat constaruction drawing. So, check tu memang aku tak salah. So pergi tunjuk balik kat dia aku punya calculation dengan BQ. Rupanya bila aku masuk je dia cakap sorry, dia salah tengok BQ. Tu sepatotnya kuantiti untuk rumah lain. Ceh, dalam hati aku cakap patotlah. Takkan la kurang banyak. Saje je bikin iolls cuak tau tak. Bila diterangkan balik kat dia semua, aku tak salah, kuantiti aku pon tak salah. Fuh lega!~ Setel satu masalah. Habis dah ceritanya. Ha sepanjang aku tengah kumpul-kumpul bukti untuk buktikan aku tak bersalah tu nasib baik la bos aku ni memang angin dia baik semalam. Jadi takde lah scene marah-marah kan. Kalau tak mesti iolss sentap sebab at first point, aku tak salah pon. haha

Tapi kan dalam pada dia tengah mengira rugi dia yang dia tunjuk kat aku tu terdetik kat hati aku, 'Habis la takde bonus la aku tahun depan'. hahaha.. Macam tu pon boleh eh? Mata duitan betol!







No comments:

Post a Comment