Thursday, 9 May 2013

Membeli Belah Tanpa Rasa Bersalah

First of all, semenjak takde kereta ni dah beberapa kali jugak la aku bershopping online. Kan dah penah cakap tak suka sangat beli baju online, tapi nak buat cemana. Yang ada sekarang cuma motor je. Faham faham je lah kadar muatan barang yang aku ada.

Bukan apa, bila shopping je rasa bersalah kan. Aku ni jenis beli baju memang tak reti nak beli sehelai sehelai.  Sekali shopping mesti nak berhelai helai nak banyak sekaligus. Tak faham la kenapa. Lepas tu kecoh la duit banyak habis la apa la. Bila cek balik bil, ambik kau sebulan kau spend berapa ratus untuk baju? Gaji lebat takpe la jugak. Ni gaji suam suam kuku je. Haru betol.

Jadi dalam beberapa kali aku shopping online tu ada la satu tempat ni aku repeat order dah berapa kali dah. Sebabnya dia jual super murah! Kalau tengok online shop lain perghh aku rasa macam nak bakar je. Pebenda tah barang yang sama sebijik aku dapat kat kedai ni dia pegi jual lg berapa kali ganda harga? Lima kali? Gila tak? Aku geram betol la tengok harga dia. Maybe sebab dia femes kot boleh la buat camtu. Tapi aku kesian la saper yg beli tuh. Kalau tak betol betol survey percaya bulat bulat kat kedai tu memang nasib la korang membayar ye.

So kalau nak shopping tanpa rasa bersalah, sila la survey dulu ye. Kesian kat purse korang. Keluar duit lebih tak pasal pasal sebab percayakan kefemesan kedai tuh. 

Ok lah, bye!

1 comment:

  1. Kongsi la kedai mana yg murah tu? Nak soping jugakkkk.....

    ReplyDelete