Friday, 10 May 2013

If You Can't Afford, Go for Alternative(s)

Bukan semua benda dalam dunia nih kita boleh dapat. Sedar atau tidak, kita tak boleh memiliki semua benda serentak. Kalau kita pilih A, maka terpaksa lepaskan B. Lumrah la kot semua tu kan? Mungkin orang yang betol betol bertuah la kot dapat semua sekaligus. Siapa yang bertuah sangat tu?

For me, berpijak lah di dunia nyata. Aku bukanlah bergaji besar, malah bukan jugak dilahirkan sebagai anak orang kaya. Tapi sebab aku ni pompuan so gatal jugak la kan pegi cuci cuci mata tengok barang barang mahal. haha.. Berangan tu perlu kadang kadang :-p


Takpe lah kan tak dapat yang betol di idam pon kan. Ala ala pon jadi la.. Ikot kemampuan masing masing lah. Yang penting bukan beli yang tak ori. Pendapat aku, buat apa aku nak beli brand yang tak mampu aku miliki semata mata nak nampak mahal tapi sebenarnya tak ori? Macam menipu diri sendiri je kan? Semata mata nak orang tengok kita pakai barang branded. Tapi tak ke memalukan kalau orang tau tu palsu je? Mengundang cakap cakap belakang pulak nanti kan. Tapi takpe, pendapat masing masing. Duit masing masing. As long as kita happy dengan apa yang kita ada, syukurlah.

p/s : Aku nak pegi cek balik esok. Kalau 50% off aku beli teros. muahaha


1 comment:

  1. Kongsi la kedai mana yg murah tu. Nak soping jugakkkk....

    ReplyDelete