Wednesday, 9 January 2013

Tips: Untuk Kulit Kekal Cantik


Ini cerita pasal My Beauty Diary Sheet Mask.

Ok untuk permulaan aku nak ingatkan apa yang aku sampaikan kat sini adalah dari pengalaman aku sendiri yang merupakan pengguna produk ‘My Beauty Diary’ dan bukan jual sekadar untuk mengaut keuntungan semata-mata J.

First time aku kenal produk ni adalah semasa aku kerja ‘part-time’ kat sebuah pusat kecantikan sebagai  promoter. Jadi, wajarlah kan perlu berpenampilan kemas dan ‘presentable’ semata-mata nak tarik pelanggan. Dah nama pun promoter barang kecantikan maka kulit wajah merupakan faktor penting untuk aku menarik minat pelanggan untuk cuba produk yang aku promosikan pada masa tu.

Sejujurnya, sesiapa yang kenal aku tahu yang aku tak pernah ada masalah kulit wajah ni. Boleh dikatakan kulit aku semulajadi dah elok. haha..bukan nak bangga diri sebab takdelah cantik giler dan dah tak perlukan penjagaan kan. Cuma untungnya aku takde masalah seperti jerawat dan kulit berminyak. Kulit aku normal, just ada bekas parut jerawat (semasa datang bulan) yang tak ketara dan dark spots yang tak ketara jugak sebab telah dikawal oleh Olay Total Effect J hehe


Sebelum menjadi pengguna tegar. Those years, obviously bulat. Sekarang pun, sebenarnya. hehe.. ni muka dah pakai foundation bagai sebab pegi casting. lol

Jadi kalau ada yang tanya kenapa aku cuba produk ni pulak sedangkan kulit dah ok? So citer dia begini, ada beberapa faktor sebenarnya:
  • Pertama, faktor jantina. J Biasa la dah nama pun perempuan, pantang jumpa benda-benda yang boleh cantik ni mula la nak cuba. Tak kira la apa pun, mesti cuba janji nampak cantik. So, dats it. Hehe
  • Kedua, factor rakan sebaya. Ini pun faktor biasa jugak. Apa yg kawan ada, kita pun nak ada. Terutama bila kawan tu pulak sibuk promote, ‘Eh, aku pakai benda ni la. Kau tengok ok tak muka aku? Ok kan?’ Lepas tu kita pun, ‘Ha’ah, ye la..mana kau beli weh? Aku pun nak cuba jugak la.’ Ha, biasa kan macam tu? Hehe
  • Ketiga, faktor environment. Environment kat sini maksud aku environment tempat keje aku tu. Semua senior-senior kulit masing-masing lawa giler. Tambah pulak kerja macam tu, jual pakej facial jadi first impression orang tengok la kulit kita dulu kan, then baru yakin nak beli pakej kita. Jadi masa tu, aku pun berusaha la untuk dapatkan kulit yang flawless semata-mata nak jual pakej facial tu. Kalau tak, no sale no komisen. LOLOLOL
  • Keempat, memang kulit aku walaupun ok tapi kalau ada orang tolong analisis, bukannya cantik sangat pun. Ok sebab tak ada jerawat, etc tu je. Tapi kalau dah malas, takde rutin penjagaan yang betul jadi kulit pun so-so la kan. Kalau dah tak pernah skrub tak pernah pakai krim malam semua faham-faham je lah kan. Guna pulak Olay Total Effect, terang lagi bersuluh kemalasan tahap dewa sebab Olay tu satu step je. Haha!
  • Kelima, faktor usia. Umur aku, dah 20++ masa tu. Jadi timbul kesedaran pulak la kan. Kalau dari sekarang tak jaga, mcm mana agaklah rupa aku 10 tahun akan datang. Tu lah monolog dalamannya..hehe
Selepas menjadi pengguna tegar. Gambar tanpa edit dan tanpa make-up sebab travel duduk dalam bas je. Capture guna DSLR so, kualiti yang diyakini. hehe

Berdasarkan faktor di atas, dan disebabkan jugak one of my friend yang jual bendalah ni, dengan bersungguh sungguhnya aku telah cuba. Mula-mula beli sekeping je, balik pakai. lepas tu bila tengok hasil, alamak! 30 minit je kot, macam ni eh dia transform?! Excited giler sebabnya tak pernah pakai kan, lepas je tanggal kulit macam glow. Radiant sebenarnya! jadi, betol la apa yang dia describe kat packaging tu ye? Ok, esok beli lg. haha.. Dan beli lagi sampai aku rasa kawan aku tu dah kaya sebab aku beli mask dari dia. Muahaha… Itulah ceritanya. Yang kenapa sheet mask secara saintifiknya, aku akan ceritakan kemudian. Kebaikan dan kepentingan sheet mask dalam beauty punya term. So guys, have a try. It’s really worth it!

P/s: Benda tu korang boleh dapat kat sini

No comments:

Post a Comment