Thursday, 3 January 2013

Selamat Datang 2013

Tahun baru. Azam baru. Walaupun agak lambat menulis, tapi rasa macam perlukan sedikit catatan untuk diri sendiri. Mungkin sebagai peringatan bila dah lupa nanti. Well memang aku malas nak ingat benda-benda tak penting ni. Conversion unit pon tiap kali nak guna tiap kali tu jugak google padahal benda tu aku selalu guna. Tapi malas nak ingat. Melampau betol la tahap kemalasan aku ni. 

Sebenarnya takde apa sangat nak cerita, tambah pulak aku memang jenis tak pandai bercerita. Tapi kalau gosip kemain lagi. Haha!

Azam tahun ni, adalah beberapa azam yg aku pasang. Sejujurnya tahun lepas-lepas tak pernah ada azam pun. Just follow the flow. Tapi tahun ni berbeza sikit, pasang azam siap-siap sebelum habis tahun 2012 lagi. Kemain semangat kau yeh?! Lepas tu siap ada note book lagi tulis semua azam/target untuk tahun ni. Tp note book tu entah kemana dah. Rasanya ada kot dalam kereta sebab haritu sembunyikan takot Encik Tunang nampak. Malu lah kalau dia baca. Haha! Tapi dah tulis kat sini for sure la dia baca. Tapi lantak lah kalau ejek siap kau! hahaha

Ok, azam tahun ni:

Pertama : Nak beli kereta sebijik. Sebab sebijik je mampu. Tapi masalah skrg belom dpt decide nak beli jenis apa bla bla bla. Maklum lah aku demand tinggi. Tunggu tengok gaji naik berapa dulu baru decide. Tapi aku rasa lepas gaji naik pon aku tak mampu nak decide lagi. Boleh tak kalau tak nak beli? Malas la nak bayar bulan-bulan. Boleh bagi alasan macam tu? haha!

Kedua : Entah lupa dah aku tulis apa kat buku kecik tu. Oh, nak sambung belajar. Kemain aku tengok orang sambung master aku pon nak sambung jugak. Padahal result degree takde lah gempak mana. Memalukan je kalau bagi orang tengok degree aku. Aku tak tau lah siapa punya idea entah tulis gred bagai kat degree tu. Dulu time diploma masa result aku gempak (ecewah!) takde pulak kau nak tulis gred. Bila aku dah malas belajar kemain kau state siap-siap kat situ ye result aku. Geram! Ok, berbalik kepada cerita nak sambung belajar, ni aku rasa 50-50. Bukan sebab aku takot aku apply tak dapat, tapi memikirkan kalau aku apply master, aku kena tukar kerja, kena pindah rumah. Aku adalah sangat malas nak pindah rumah. Barang aku banyak giler kot! So yang ni aku letak dalam pending list dulu. hehe

Ketiga : To get myself covered. Aku nak beli insurans. Ye, aku takde life insurans bagai walaupun umur aku dah banyak. Aku takot kalau aku sakit aku takde duit nak bayar semua kos perubatan. Gaji aku ciput je cukup untuk aku berjoli tiap bulan je.haha! Tapi untuk time emergency sakit masuk wad ke apa ke aku memang tak prepare. So aku malas nak fikir pasal kena simpan duit untuk sakit. Haritu dah nekad nak ambik Prudential. Ok la harga dia masih dalam budget aku tapi bila ada suara-suara mengatakan yang aku boleh dapat lg bagus and lg murah dari tu dah aku jadi ragu-ragu balik. Last-last aku tak ambik pon lagi. Sekarang dah pening balik fikir nak ambik yang mana. Banyak sangat la sekarang. Aku malas nak faham sesatu sebab kena ambik masa nak study sesatu. Tapi aku mesti kena ambik jugak satu tahun ni!

Keempat :  Nak jadi hamba yang baik. Ni memang la aku taknak komen lebih-lebih. Tapi aku ada azam ni tahun ni. Sebelum ni azam ni so-so je. Nak taknak je. Biasalah leka sangat kan dengan keseronokan dunia ni. hehe.. So, kita tengok aje lah nanti yeh setakat mana aku dapat achieve ni tahun ni. 

Kelima : Dah takde kot. Aku rasa empat tu je yg aku tulis dalam note book haritu. Oh, tp semenjak dua menjak ni aku terpengaruh dengan buku yang aku baca tu suruh beli rumah awal-awal. Tapi ni drastik sangat ni kalau aku nak buat keputusan ni. Sebab aku pon belom tahu lagi kat mana aku nak menetap. Kerja lagi aku rasa kerja aku belom stabil lagi padahal kalau nak diikutkan kerja aku ni dah ok and patot syukur sangat-sangat dah. Tapi tu la aku tengok increment dulu berapa. Hidup harus tamak. haha! 

Cukup lah tu aku merepek pasal 5 benda tu. Alah bukan apa sangat pon sebab aku bosan kat ofis ni aku takde kerja. Permulaan tahun 2013 aku kat tempat kerja, aku takde kerja. Aku rasa bos aku bayar gaji aku untuk facebooking je. haha! Thanks bos. You are so kind. hehe.

Bye!


No comments:

Post a Comment