Friday, 4 January 2013

How I choose my internet package

Kisah ni bermula apabila aku dah terminate Celcom Broadband. Terminate lameeee giler dah sebab aku tak puas hati dengan servis dia. Ok, sebenarnya bukan aku terminate dia, dia yang terminate aku sebab aku tak bayar bil dia. kahkahkah. Tapi aku memang dah plan lama untuk tak terus gunakan servis dia. Aku tak tau lah orang lain macam mana tapi aku memang tak puas hati dengan servis dia. Tapi no choice, dia je yang paling luas coverage-nya dulu sebab tu aku pilih dia dulu. Semua orang tahu; 
Celcom = Banyak coverage. 
Banyak coverage = Celcom. 
Lupakan yang tu sebab aku malas dah nak ingat sampai dia kejar aku siap call ofis bagai semata-mata nak suruh aku bayar. Like hello, aku memang nak pergi bayar la tapi yang kau siap call ofis kecoh bagai kenapa? Padahal aku register masa aku belom kerja lagi. Mana dia dapat nombor fon ofis pun aku tak tau lah. Dahsyat betol la. Dah habis dah satu perenggan cerita pasal Celcom. Bye-bye Celcom. Welcome new baby. hehe.

Sambungan kisah dia, jadi semalam aku pun dengan senang hatinya mengarahkan En. Tunang menyerveykan package-package yang ada kat pasaran sekarang ni untuk aku. Biasalah dia kan PA aku, bak kata dia la. hehe. Hai En. Tunang! :-p *tetibe* Malas cerita panjang so dipendekkan cerita alang-alang dia dah pergi Pas tu so dia tengokkan la sekali. Ni satu cerita lagi bila tah henfon aku tu nak dapat. Stress betol lah! Baru guna seminggu, masuk kilang balik 2 minggu. Apekah?! Ok, ringkasan ceritanya macam ni, dia dah tolong surveykan beberapa rangkaian la. Wah skema giler guna perkataan rangkaian.

1. P1 
2. Maxis
3. Celcom (lagi sekali Celcom?huh!)
4. U-mobile (kalau tak silap)

Jadi antara ke-empat2 tu yg awal2 aku reject U-mobile. Aku tau lah atas sebab apa aku reject, tapi kiranya paling tak best la. Oh lupa nak cakap, aku bukan suruh dia survey untuk broadband. Aku suruh dia survey untuk wifi sebab aku nak guna sekali dengan henfon bila kat rumah. Masa aku banyak dalam rumah je lepas waktu kerja so aku dah payah la ambik data plan kan. Boleh guna both untuk laptop dengan henfon sekali. 

Lepas tu tinggal lagi 3 choice. Aku reject pulak Celcom sebab bandingkan Celcom dengan Maxis diorang punya package sama tapi bezanya Celcom ada contract setahun. Jadi buat ape ambik yang contract kan?

Jadi sekarang perbandingan antara Maxis dengan P1 pulak. Maxis tak ada contract, P1 ada contract. Menurut En. Tunang 2 tahun contract. Lama giler kot. Kalau macam tu tahun 2015 baru habis. Macam tak best pulak kan. Tengok dari segi kuota yang dia bagi, P1 bagi 6gb Maxis bagi 4gb (siang 8am sampai 2am) + 4gb (malam 2am sampai 8am). Jadi kau nampak tak permainannya kat situ? Sebenarnya Maxis bagi 4gb je. Manada orang nak berjaga dari 2 pagi sampai 8 pagi esok semata-mata nak guna yang lagi 4gb tu? Jadi bagi aku, aku nampak Maxis punya 4gb je dengan harga yang sama untuk package P1 6gb. Fikir-fikir macam nekad nak ambik Maxis sebab tak ada contract. Bagitau En. Tunang keputusan aku. Dia cakap ok, tapi dia cakap apa kata kita tengok dulu P1 ada yg contract setahun ke tak. Kalau setahun ok la tak lama sangat. Aku pon bersetuju dan tidur dengan aman.

Esoknya, means harini la kan. Tengah hari aku pergi makan kat kedai yang belakang Jusco tu. Saje nak tukar selera. Kebetulan ternampak ada kedai P1 selang beberapa kedai je dari kedai aku makan. Jadi lepas makan aku laju-laju ajak ofismate aku masuk kedai P1. Laju-laju jugak aku tanya budak yang jaga kedai tu ada yang contract bawah 2 tahun tak. Laju-laju sebab dah lambat nak masuk ofis balik time tu. haha. Dia cakap ada, yang 6 bulan dengan setahun. Lepas je dah dapat jawapan macam tu terus keluar kedai, balik ofis. Sampai ofis call En. Tunang brief dia pasal apa yang aku dah tanya bla bla bla.

Dipendekkan cerita lagi sekali lepas balik kerja aku terus pergi kedai tu balik untuk register. Jadi sekarang aku dah jadi pengguna P1 balik. Ye, pengguna P1 balik sebab dulu masa study aku dah pernah guna dan aku puas hati dengan speed dia. Sebab tu sebenarnya masa survey untuk wifi ni first aku dah aim untuk P1. hehe

Sebenarnya macam tak best pon cerita ni. Tapi saje je nak tulis jugak sebab nak merasmikan baby baru ni. hikhik. 

Small, but powerful. Up to 6 users, 6gb quota, unlimited speed, rechargeable for outdoor use, lifetime modem warranty.
So ape lagi kau nak? Coverage signal hijau kot. Battery je merah sebab tengah cas. haha!


Dah la penat lah taip kat laptop. Keyboard kecik. Bye!

No comments:

Post a Comment